Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang menang dalam pilihan raya 8 march yang lalu.Terima kasih juga kepada mereka yang sama sama berusaha ke arah kemenangan yang amat manis itu.
Harapan baru...itulah ungkapan yang mudah untuk diingati oleh semua hasil dari kemenangan yang baru diperolehi.Ramai yang menarik nafas lega kerana apa yang selama ini menjadi perkara yang merimaskan,kini seolah olah sudah terungkai sekalipun kejayaan belum mencapai ke tahap keseluruhannya.
Masih terlalu awal untuk kita mengulas tentang kerja dan usaha yang bakal diterjemahkan melalui kemenangan itu selain hanya mengharapkan apa yang lebih baik akan berlaku selepas ini.Kepada semua diucapkan selamat bekerja.
Adapun ulasan harus juga dilontarkan kepada mereka yang cepat untuk membuat reaksi atas kegagalan kerajaan Barisan Nasional khususnya Pak Lah yang telah menerima asakan dari berbagai pihak antaranya bekas perdana menteri Dr Mahathir supaya beliau meletakkan jawatan.
Saya melihat apa yang dikatakan sebagai tuntutan agar meletakkan jawatan oleh Pak Lah sebagai perdana menteri adalah satu tindakan yang kurang rasional.Kerana kita tahu sukar untuk seseorang Perdana Menteri Malaysia meletakkan jawatannya apabila dituntut untuk berbuat demikian.Malah tindakan itu juga boleh disifatkan sebagai 'bukan budaya kita' yang begitu popular di kalangan orang Umno apabila mengulas beberapa tindakan yang boleh dilihat menggugat kedudukan mereka.
Pak Lah tidak perlu meletakkan jawatannya,tidak ada apa apa kesalahan yang telah beliau lakukan kepada perjuangan 'mengangkat kebenaran' yang sedang kita usahakan kini.Malah andai kita bersedia untuk mengambil sikap lebih positif,sebenarnya Pak Lah telah banyak membantu kita dalam mencapai kemenangan pada hari ini.Masakan tidak,dengan sikapnya yang 'kurang peduli' itulah yang mampu menyedarkan sebilangan rakyat dari 'tidor yang panjang' lalu bangun menghadiahkan sebuah perubahan yang bakal terlakar selepas ini.
Kita harus bijak melihat 'hikmah' sesuatu peristiwa atau ketentuan yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam menjalani kehidupan sebagai hamba di muka bumi ini.Mungkin pendapat ini kurang popular,tetapi andai diteliti dengan lebih mendalam nescaya ianya adalah yang terbaik untuk setakat ini insyaallah.
No comments:
Post a Comment