Monday, May 11, 2009

Nik Abduh 'dihukum' Nasarudin Hassan bagaimana?

Sebagaimana Nik Abduh telah merasakan bahawa dia akan 'dihukum' setelah 'kerja kerja bodoh dalam Pas',saya juga merasakan begitu.Kalau saya berada di tempatnya tentu saya amat sukar untuk berdiri di hadapan ramai tambahan pula kedudukannya sebagai anak Tok Guru yang dihormati semua.

Elok juga beliau kalah.Paling tidak boleh juga menyelamatkan Pas dari dikata orang sama seperti Umno yang bersifat parti anak beranak.Tambahan pula Nik Abduh yang selalu menggunakan nama ayahnya sebagai pelindung dan hujah dalam mempertahankan tindakannya.

Apakah nasib yang sama bakal menimpa Ust Nasaruddin Hassan?Saya khuatir sebenarnya, tetapi setakat ini tidak melihat calon yang boleh mencabar kedudukannya.Harap beliau boleh memperbaiki keadaan.

Saya juga turut musykil dengan ulasan MSO yang menyifatkan pertarungan antara 'janggut pendek' dan 'janggut panjang' di Kelantan.Ulasan beliau memperlihatkan dirinya sebagai antara 'penulis murahan' yang kurang nilai intelek.Saya harus berhati hati dengan tulisannya selepas ini.

Hingga saat ini debaran terus menanti, apakah yang bakal tercorak hasil dari musim pemilihan kali ini..

Sunday, May 10, 2009

Bahang pemilihan Pas terasa juga

Dunia saya barangkali masih lagi hanya berkisar tentang sekolah dan anak anak pelajar yang sedang membesar dan mencari acuan hidup masa depan.Perjalanan harian di sekolah bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh hingga tidak mendapat tempat dalam penulisan saya di sini,tetapi bahang di luar sana yang lebih besar memimpin saya agar turut memberikan perhatian.

Pemilihan pemimpin parti memang selalu menarik perhatian saya,kerana sebelum ini pun saya masih belum puas menelaah perjalanan sejarah Islam yang memaparkan bagaimana percaturan dan pergolakan yang berlaku di zaman sahabat khususnya.Pelantikan Abu Bakar sebagai khalifah,Omar,Osman dan Ali seterusnya pemerintahan Muawiyah yang menggambarkan seribu satu persoalan yang tidak pernah memuaskan.

Politik adalah sebahagian dari sejarah,jadi saya secara semulajadinya tidak dapat lari daripada mengikuti,mengkaji,membaca arus dan terdorong meramalkan apa yang bakal terjadi dalam percaturan yang telah dan sedang mereka rencanakan.

Dalam pemilihan Umno yang lalu juga saya tidak terlepas untuk mengikuti dan meneropong gerak perjalanan,dan sudah tentu hati saya terdetik juga untuk melihat nama nama tertentu berjaya dalam cita citanya,Namun nama mereka itu tidak usahlah disebutkan di sini kerana ianya tidaklah begitu penting,malah menyebut nama mereka boleh membuatkan kita terpalit dengan 'fitnah' yang sedia ada di kalangan mereka.

Tak semena mena pemilihan parti Pas yang bakal berlangsung awal jun ini menjadi hangat dan panas juga.Ianya berjaya dipolemikkan dengan isu lama 'Ulama dan Profesional' yang seharusnya sudah selesai tetapi 'sengaja' ditimbulkan kembali untuk menarik simpati dan sokongan dari perwakilan yang bakal memberikan undi dalam muktamar nanti.

Isunya bukan ulama atau profesional,malah isunya ialah siapa yang lebih solid untuk diberikan peluang memimpin gerakan yang sedang meningkat sokongan dan penerimaan dari masyarakat samada dari orang melayu yang beragama Islam atau yang lainnya dari kalangan non muslim.

Malah isu yang lebih besar ialah Pakatan Rakyat atau 'Unity government'.Andai tersalah langkah kedua dua pasukan itu akan menerima keputusan yang tidak memihak.Secara umunya saya setuju dengan idea untuk mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.Itu tidak bermakna ianya sudah sempurna tetapi masih terlalu banyak yang boleh diperbaiki dalam membawa cita cita Islam di Malyasia.

Adapun tentang idea Unity government,ianya seperti berpaling ke belakang,setelah kita berusaha bersama sama pakatan rakyat seterusnya kita timbulkan pula idea unity government yang tidak begitu menarik perhatian rakan kongsi dalam pakatan.Sekalipun unity government itu dikatakan meliputi pakatan rakyat dan Bn tetapi ideanya telah 'diragui' kerana dilihat seperti gabungan antara Pas dan Umno sahaja yang mewakili parti 'orang melayu'.

Idea melayu itulah yang 'tidak benar' dalam unity government,sedangkan sebelum ini Pas telah diterima dengan pendekatan 'Pas for All'.Pas bukan untuk melayu atau muslim sahaja sebagaimana Umno yang lantang dengan idea 'Ketuanan Melayu'nya sebelum ditukar sekarang ini kepada 'One Malaysia'.

Persoalannya adalah,apakah Pas menyesal bersama dengan pakatan rakyat dalam pilihanraya march 08 yang lalu?lalu mengorak langkah untuk membuka laluan yang baru bersama kerajaan BN yang sudah semakin lemah itu..?

Sebagaimana rakusnya Nik Abduh menuding jari kepada pembantu pembantu TGNA,saya juga berani mempersoalkan bagaimana pembantu pembantu Presiden TGHH berperanan mempengaruhi pemikiran TGHH.

Saturday, May 09, 2009

Bila ulama disokong media BN

Dalam suasana musim pemilihan pemimpin Pas yang diadakan dua tahun sekali itu,mereka secara tidak sengaja telah terperangkap dalam gaya dan terma pemilihan parti lawan khususnya Umno.Budaya menghentam dan merendahkan calon lawan sudah semakin meliar dalam parti yang menggelarkan diri mereka sebagai gerakan Islam itu.

Adalah menjadi kebiasaan apabila melihat mereka yang berada dalam aliran kebangsaan berbalah sesama mereka,tetapi apabila 'pebalahan' itu melibatkan mereka yang berada dalam aliran agama,itu adalah sesuatu yang amat menyedihkan sekalipun kita tahu perbezaan pendapat itu adalah sebahagian dari sunnatullah yang tidak dapat tidak pasti berlaku sebagaimana juga telah berlaku pada zaman sahabat Rasulullah SAW dahulu kala.

Kita selalu mendengar rungutan dan kenyataan yang berupa perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin pemimpin Pas terhadap media,namun kini mereka seolah olah lupa akan hal itu bahkan menjadi penyumbang kepada laporan negatif pihak media terhadap pergolakan dalaman rumahtangga mereka.(Lihat Utusan)

Politik telah melekakan mereka dari memerhatikan 'perangkap' yang sedang menunggu di hadapan mereka.Kebejatan musuh seolah sudah tidak menjadi masalah bagi mereka lagi kerana apa yang lebih penting ialah lawan sesama sahabat dalam jemaah yang dikesan berlainan dengan pemikiran mereka.Aliran pemikiran yang berbeza adalah sangat bahaya kepada jemaah dan ianya haruslah 'dibenteras' malah 'dihapuskan' sama sekali.

Friday, May 01, 2009

Sisi lemah blog sebagai platform

Saya tidak mahu terheret lebih mendalam seperti orang lain dalam kemelut dan isu unity goverment vs pakatan rakyat hingga menampakkan sisi lemah dan negatifnya mereka sebagaimana negatifnya 'platform' yang telah mereka pilih untuk menyampaikan sesuatu kepada masyarakat.Yang pasti saya juga bukan anti teknologi.

Sebagaimana dulu saya selalu mengatakan sms adalah satu alat perhubungan yang kadang kadang agak 'nakal' dalam menyampaikan maksud,blog juga mempunyai kelemahan yang hampir sama kerana kedua dua medium itu tidak membekalkan sama sekali deria 'intonasi' yang saya kira amat penting sebagai alat komunikasi.Tanpanya manusia akan sentiasa terdedah dalam perangkap salah faham yang berpanjangan.Malah saya teringat akan kata kata guru semasa belajar dulu yang bersikap lebih extreem dengan mengatakan penulisan melalui buku juga adalah diluar 'akhlak dakwah' kerana masing masing penulis akan terdedah kepada suasana berbalas hujah dan 'tembak menembak' sebagaimana yang berlaku dalam jemaah Islam hari ini.

Tulisan Nik Abduh yang mendatangkan kontroversi dalam Pas ketika ini menarik minat saya untuk diulas.Saya seronok dan terhibur membaca gaya bahasanya dalam penulisan.Nilai sastera yang mendasar dalam penulisannya sesuai dengan jiwa saya yang lembut ini.Keseronokan saya hanya terhenti di situ.Pemikiran saya pasti akan pantas menilai dari sudut lain pula kerana melihatkan beliau adalah seseorang yang sedang menyinar bakatnya ditambah dengan kedudukannya sebagai anak kepada tok guru yang dihormati.Saya sifatkan sebahagian dari tulisannya sebagai kurang nilai akhlak bagi seseorang yang bergelar ustaz sepertinya.

Nik Abduh sepatutnya tidak harus terperangkap dalam 'sunnah pertembungan idea' antara beliau dengan Yb Khalid Samad contohnya.Atau tidak betah membiarkan perasaan cemburu terhadap Husam Musa 'barangkali' yang banyak membantu ayahandanya dalam kerja kerja kerajaan negeri daripada menguasai diri.

Maaf saya tidak pernah mengenali mereka yang terlibat secara dekat,atau saya juga akan terperangkap dalam fitnah 'Blogger' zaman ini.Selain itu saya juga suka menegaskan bahawa Pas ketika ini sedang berhadapan dengan 'fitnah kemenangan' yang sering melemahkan mana mana gerakan Islam bahkan sejak zaman Rasulullah SAW dan Khulafah Ar Rasyidin lagi.