Sunday, May 10, 2009

Bahang pemilihan Pas terasa juga

Dunia saya barangkali masih lagi hanya berkisar tentang sekolah dan anak anak pelajar yang sedang membesar dan mencari acuan hidup masa depan.Perjalanan harian di sekolah bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh hingga tidak mendapat tempat dalam penulisan saya di sini,tetapi bahang di luar sana yang lebih besar memimpin saya agar turut memberikan perhatian.

Pemilihan pemimpin parti memang selalu menarik perhatian saya,kerana sebelum ini pun saya masih belum puas menelaah perjalanan sejarah Islam yang memaparkan bagaimana percaturan dan pergolakan yang berlaku di zaman sahabat khususnya.Pelantikan Abu Bakar sebagai khalifah,Omar,Osman dan Ali seterusnya pemerintahan Muawiyah yang menggambarkan seribu satu persoalan yang tidak pernah memuaskan.

Politik adalah sebahagian dari sejarah,jadi saya secara semulajadinya tidak dapat lari daripada mengikuti,mengkaji,membaca arus dan terdorong meramalkan apa yang bakal terjadi dalam percaturan yang telah dan sedang mereka rencanakan.

Dalam pemilihan Umno yang lalu juga saya tidak terlepas untuk mengikuti dan meneropong gerak perjalanan,dan sudah tentu hati saya terdetik juga untuk melihat nama nama tertentu berjaya dalam cita citanya,Namun nama mereka itu tidak usahlah disebutkan di sini kerana ianya tidaklah begitu penting,malah menyebut nama mereka boleh membuatkan kita terpalit dengan 'fitnah' yang sedia ada di kalangan mereka.

Tak semena mena pemilihan parti Pas yang bakal berlangsung awal jun ini menjadi hangat dan panas juga.Ianya berjaya dipolemikkan dengan isu lama 'Ulama dan Profesional' yang seharusnya sudah selesai tetapi 'sengaja' ditimbulkan kembali untuk menarik simpati dan sokongan dari perwakilan yang bakal memberikan undi dalam muktamar nanti.

Isunya bukan ulama atau profesional,malah isunya ialah siapa yang lebih solid untuk diberikan peluang memimpin gerakan yang sedang meningkat sokongan dan penerimaan dari masyarakat samada dari orang melayu yang beragama Islam atau yang lainnya dari kalangan non muslim.

Malah isu yang lebih besar ialah Pakatan Rakyat atau 'Unity government'.Andai tersalah langkah kedua dua pasukan itu akan menerima keputusan yang tidak memihak.Secara umunya saya setuju dengan idea untuk mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.Itu tidak bermakna ianya sudah sempurna tetapi masih terlalu banyak yang boleh diperbaiki dalam membawa cita cita Islam di Malyasia.

Adapun tentang idea Unity government,ianya seperti berpaling ke belakang,setelah kita berusaha bersama sama pakatan rakyat seterusnya kita timbulkan pula idea unity government yang tidak begitu menarik perhatian rakan kongsi dalam pakatan.Sekalipun unity government itu dikatakan meliputi pakatan rakyat dan Bn tetapi ideanya telah 'diragui' kerana dilihat seperti gabungan antara Pas dan Umno sahaja yang mewakili parti 'orang melayu'.

Idea melayu itulah yang 'tidak benar' dalam unity government,sedangkan sebelum ini Pas telah diterima dengan pendekatan 'Pas for All'.Pas bukan untuk melayu atau muslim sahaja sebagaimana Umno yang lantang dengan idea 'Ketuanan Melayu'nya sebelum ditukar sekarang ini kepada 'One Malaysia'.

Persoalannya adalah,apakah Pas menyesal bersama dengan pakatan rakyat dalam pilihanraya march 08 yang lalu?lalu mengorak langkah untuk membuka laluan yang baru bersama kerajaan BN yang sudah semakin lemah itu..?

Sebagaimana rakusnya Nik Abduh menuding jari kepada pembantu pembantu TGNA,saya juga berani mempersoalkan bagaimana pembantu pembantu Presiden TGHH berperanan mempengaruhi pemikiran TGHH.

No comments: