Secara kebetulan saya sempat membaca posting Mahathir yang terbaru dalam blognya yang menulis tentang Nik Aziz dan Kuan Yew.Dalam tulisannya Mahathir menyindir Tok Guru yang dilihatnya lebih menyokong Kuan Yew berbanding musuh politiknya dalam negara yang terdiri daripada nasionalis melayu seperti beliau.
Oleh kerana sindirannya itu berkisar tentang isu Islam serta pemahamannya,saya jadi terpanggil untuk mengulas apa yang telah diperkatakan oleh Mahathir tentang Nik Aziz.
Mahathir kelihatannya agak gusar dengan kejayaan dan kesatuan yang telah ditunjukan oleh Pakatan Rakyat yang mana dilihatnya telah berjaya kerana disebabkan oleh sokongan Nik Aziz kepada Anwar dalam membentuk Pakatan Rakyat sekaligus disifatkannya sebagai memecahbelahkan Melayu Islam di Malaysia.
Mahathir dari dahulu amat konsisten dengan hujahnya mengatakan Nik Aziz sebagai simbol perpecahan Melayu dengan gabungan bersama Semangat 46 dan kini PKR serta DAP dalam Pakatan Rakyat.Sedangkan Beliau seharusnya duduk menginsafi akan kesalahan sendiri yang menjadi punca kepada semua perpecahan itu..bermula dari Semangat 46 hinggalah penubuhan PKR yang kini dilihat amat mencabar kedudukan UMNO dalam saingan politik negara.
Kuan Yew sudah semestinya lebih baik dari anda kerana beliau bukan orang Islam yang sama sekali tidak pernah meletakkan perjuangan hidupnya untuk membela mereka,beliau hanya mengharapkan kemajuan mereka dari sudut kemanusiaan.Tetapi amatlah jengkel jika kenyataan yang sama keluar dari mulut orang Islam yang berlindung di sebalik perjuangan Nasionalis melayu seperti anda dan rakan2 UMNO.
Apabila anda mengaku sebagai muslim anda haruslah lebih peka dalam memperjuangkan isu Islam bukan hanya sekadar urusan pergi haji,bank dan takaful sebagaimana dakwaan anda itu,anda hanya berusaha terhadap sesuatu yang lebih membawa kepada keuntungan dan materialistik berbanding berusaha untuk memelihara sistem nilai dan keagamaan di kalangan rakyat jelata,sistem sosial,pendidikan,perundangan dan sebagainya.
Apabila dikritik,anda akan cuba mengalih pandangan kepada isu lain dan cuba memberi pelbagai alasan yang seakan memperlekeh sistem Islam yang anda sendiri anuti.Adakah itu yang anda gambarkan sebagai lebih baik berbanding Kuan Yew yang tidak tahu apa2 tentang Islam..?
kebijaksanaan anda 'terlondeh' di situ jika gagal melihat dengan akal yang waras akan sesuatu yang bernama 'kebenaran'..
No comments:
Post a Comment