Barangkali itulah antara kesan kapitalisme yang sedang melanda dunia hari ini termasuk Malaysia malah pemimpin gerakan Islam yang cuba mengambil kesempatan atas kedudukan yang mereka miliki untuk mengaut keuntungan...?
Mereka menyedari betapa PAS begitu bernilai ketika ini sebagaimana 'cicak tokek' juga pada satu ketika dahulu..justeru mereka mengusahakan perkara tersebut sehingga ianya boleh membuahkan hasil,sekiranya gagal dalam plan A mereka akan tidak berputus asa dengan plan B pula barangkali..
Siapakah broker yang bijak mengambil kesempatan itu..?mereka sudah tentu mempunyai minda korporat tahap tinggi hingga tergamak mengusahakan sesuatu projek yang melibatkan ramai pihak malah ideologi juga.
Sesungguhnya fitnah akan sentiasa melanda umat ini hingga mereka dimasukan ke dalam liang lahad..ianya menuntut hikmah yang tinggi di kalangan pejuang agar berjaya melaluinya dengan tabah dan tenang..
No comments:
Post a Comment