Pengumuman terbaru Pak Lah untuk membebaskan badan kehakiman haruslah dilihat sebagai satu langkah politik yang sedikit bijak dalam menangani tekanan demi tekanan yang diterima dari kalangan ahli ahli Umno khususnya pemimpin pemimpin yang sedang tenat menjaga periuk nasi masing masing.
Langkah itu secara tidak langsung bolehlah disifatkan sebagai satu pukulan buat Tun Mahathir yang dilihat sejak kebelakangan ini begitu agresif merangcang pergerakan agar Pak Lah segera berundur.Dengan terpukulnya Mahathir lalu Najib pun yang telah mula berasa seronok dengan mementum yang telah diusahakan turut terasa akan kesan pukulan Pak Lah itu.Masakan tidak,kerana seperti sedia maklum dalam cerita cerita sebelum ini bahawa kedua dua Mahathir dan Najib mungkin berhadapan dengan masalah apabila berhadapan dengan institusi kehakiman yang bakal dibebaskan oleh Pak Lah itu nanti.
Apabila Tun Salleh Abbas dikurniakan kemenangan secara moralnya,lalu tidak keterlaluan kita boleh juga mengambarkan bahawa Anwar Ibrahim juga bakal menerima kemenangan yang sama.Malah Anwar barangkali telah lebih dulu mengecapi kemenangan itu apabila bebas dari hukuman penjara melalui keputusan hakim di mahkamah.Namun kemenangan Anwar tidak cukup setakat itu sahaja kerana ada kes dan peristiwa yang lebih besar perlu diperjuangkan sama seperti Tun Salleh Abbas dulu,iaitu kes pemecatannya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Persoalannya adakah suruhanjaya pelantikan hakim yang bakal ditubuhkan itu benar benar bebas berfungsi atau hanya sebagai gimik politik sebagaimana sebelumnya begitu banyak suruhanjaya yang tidak begitu bebas menjalankan peranan dan tanggungjwabnya yang sebenar.Pak Lah sebelum ini dilihat tidak begitu susah untuk bekerjasama dalam membentuk suruhanjaya tetapi peranan suruhanjaya itu nanti yang masih boleh dipertikaikan.Sama samalah kita nantikan episod seterusnya.
No comments:
Post a Comment