Setelah menunggu beberapa minggu selepas kemenangan dalam pilihanraya yang lalu,minggu ini saya merasa ada sedikit semangat dan kekuatan setelah mendapat kiriman sms dari seorang sahabat di pandan yang sering memanjangkan info tentang beberapa aktiviti di sekitar Pandan khususnya."Khutbah jumaat bakal disampaikan oleh ust Kamal Asya'ari" (Penceramah bebas merangkap naib ketua pemuda selangor)
Hati saya berbunga juga kerana secara kebetulan ust Kamal adalah bekas rakan sekolah saya di peringkat menengah atas satu ketika dahulu.Setelah selesai solat saya sempat juga menyapa sambil bersalam dengannya.Saya bernasib baik kerana beliau masih mengingati,cumanya agak terkilan sedikit kerana tidak sempat untuk berbual panjang(seperti biasa apabila bertemu kawan sekolah lama) memandangkan beliau kelihatan agak tergesa gesa untuk meminta diri.
Ust Kamal memang terkenal aktif dalam aktiviti sekolah khususnya bidang pidato malah acapkali juga memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah berbanding saya yang kurang aktif memandangkan sifat saya yang agak pemalu itu(hehe)Malah hingga kini pun saya belum juga aktif seperti mereka yang telahpun berada di bahagian hadapan saf kepimpinan.Barangkali saya lebih selesa begini di peringkat awal tampil menulis melalui blog sahaja.Saya belum punya kekuatan dan pengalaman sebagai seorang pemidato sekalipun keinginan ke arah itu membuak2 juga sekali sekala.Biarlah masa yang akan menentukan bila saya akan mampu berbuat demikian.
Apabila menyebut tentang rakan sekolah ini,ingatan saya tentu akan tersorot juga kepada kelibat seorang lagi sahabat yang saya kenali semasa belajar dahulu.Beliau ialah Ust Nasharuddin Hassan Tantawi (naib ketua pemuda Pas Pusat)Kali terakhir saya pernah menyapa dan bersua dengannya ialah beberapa tahun yang lalu dalam muktamar Pas di Taman Melewar(tak pasti tahunnya)Situasi yang sama juga apabila berjumpa,beliau kelihatan tergesa gesa(dalam keadaan bermesyuarat barangkali)jadi kesempatan untuk berbual panjang itu terlepas begitu sahaja.Dalam hati saya berkata:"lihatlah betapa sibuk dan banyaknya kerja seorang pejuang Islam,mungkin jika saya berada pada kedudukan mereka tentu saya sering sibuk dan tergesa gesa juga".
Dalam tak sedar rupa2nya mereka telah jauh meninggalkan saya di belakang,seorang sebagai naib ketua pemuda Pas Selangor manakala seorang lagi naib ketua pemuda Pas Pusat.Alangkah kerdilnya diri saya melihat mereka sudah jauh berada di hadapan manakala saya pula masih di sini sebagai penulis kecil yang tampil sekali sekala melalui blog.Namun begitu,jauh di sudut hati saya merasa bangga kerana ada juga sahabat2 yang telah pun berada dibahagian saf hadapan memimpin.
Seorang lagi sahabat saya yang belum lagi sempat menyapanya ialah ust Taqiuddin Hamzah (tak pasti pula jawatannya apa)yang kalau tak silap bertanding dalam piliharaya baru baru ini tetapi kalah di Pulau Pinang.Barangkali dun di bawah Parlimen Kepala Batas adalah kubu kuat Pak Lah membuatkan peluang untuk beliau menang agak sukar.Harap ust Taqiuddin jangan berputus asa dan cuba lagi insyaallah.
Itulah serba sedikit kisah sahabat saya dalam Pas yang gigih berjuang.Sedikit sebanyak apabila melihat kelibat mereka di depan membuatkan semangat saya terdorong juga agar lebih gigih berjuang bersama mereka insyaallah.
No comments:
Post a Comment