Tuesday, February 12, 2008

manfaat kemenangan dalam pilihanraya

Bahang pilihanraya makin hangat terasa,rata rata mereka yang berjuang bagi pihak kerajaan dan pembangkang giat menemui rakyat untuk menerangkan masalah dan isu semasa yang harus difikirkan bersama.

Namun dalam keghairahan itu harus juga diingat tentang perkara yang lebih penting dalam permasalahan umat iaitu 'iman dan amal'.Dua perkara itu adalah masalah yang paling utama untuk diambil perhatian dalam masyarakat,andai dibiarkan dalam tempoh yang lebih lama tentu akan membawa kepada masalah yang lebih parah.

Memang kita semua akui dalam janji janji dan kempen pilihanraya kita tidak 'manis' untuk menyebut semua itu berdasarkan kepada strategi politik semasa,tetapi semua harus difahamkan betapa masalah itu sudah sampai ke tahap membarah.

Adapun 'membelakangkan isu utama' itu harus dilihat sebagai satu 'ijtihad' dalam merangka strategi ke arah masa depan yang lebih 'selamat dan aman'.

Harapannya hanya satu,kita semua tidak tenggelam dalam ujian kemenangan andai itu yang bakal tersurat selepas pilihanraya nanti.

No comments: