Sesiapa sahaja yang pernah membaca tentang sejarah akan terdorong untuk terus mengikutinya lewat lembaran kehidupan harian manusia.Ianya tentu akan berkait rapat dengan politik dan urusan kenegaraan.Lalu bagaimana ada sesetengah golongan yang cuba menafikan kesinambungan antara politik dan agama seseorang.Kerana hampir pasti setiap agamawan atau mereka yang serius mentaati agama akan secara langsung terlibat dengan politik.
Secara dasarnya mereka bukanlah orang yang rakus untuk merebut kuasa,tetapi lebih kepada rasa tanggungjawab sebagai seorang hamba yang telah diamanahkan sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ini.
Sebagai contoh,setiap kita yang pernah mengikuti perjalanan sirah Rasulullah SAW pasti akan teruja untuk mengetahui lebih lanjut apa yang telah berlaku pada zaman sahabat selepas baginda.Mereka inilah contoh yang terbaik untuk kita ikuti sejarahnya sebagai teladan dalam menjalani kehidupan dewasa ini.
Namun konflik terbaru akan tercetus lagi apabila ada lojik yang cuba mempersoalkan tentang sejarah itu sendiri,adakah ianya telah tertulis secara adil..?Bagaimana pula sikap kita dalam menangani permasalahan yang sebegitu.
No comments:
Post a Comment