Membaca sejarah membuatkan kita merasa tidak begitu berpuas hati dengan apa yang telah dipaparkan tentang tokoh tokoh pemimpin sejak zaman khalifah Al Rashidin lagi.Apakah sejarah itu memang telah dirancang untuk ditulis begitu atau memang itulah hakikat sebenarnya yang telah terjadi.
Kadang kadang terfikir,adakah boleh diterima akal waras tentang apa yang digambarkan bahawa saidatina Aisyah dan saidina Ali pernah berbalah dalam menentukan siapakah yang berhak untuk dilantik menjadi khalifah selepas kematian Saidina Usman.Malah itu jugalah gambaran yang dilukis tentang sahabat sahabat yang lain dalam menghadapi kemelut pelantikan khalifah untuk memimpin orang orang islam menjalani kehidupan selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW.
Andai benarlah apa yang telah dipaparkan oleh sejarah begitu,lalu bagaimana pula sejarah manusia muslim hari ini.Sudah tentu dalam urusan kehidupan mereka akan melalui krisis yang lebih hebat lagi memandangkan tahap keimanan mereka yang sudah tentu jauh lebih lemah berbanding para sahabat yang pernah mendapat bimbingan terus dari Rasulullah SAW.
Krisis kepimpinan umat yang telah lalu harus menjadi pengajaran besar buat kita dalam melalui rencah kehidupan yang lebih kompleks pada hari ini.
No comments:
Post a Comment