Siapa yang tidak gembira dengan berita kemenangan..?sebagaimana tsunami march 2008,kemenangan kali ini juga mengilhamkan satu kekuatan buat jiwa yang berjuang.Sekalipun berada jauh dari suasana kemenangan itu saya sebenarnya masih sibuk dengan beban kemenangan dari peperangan yang lalu.Tentunya visi dalam mengisi kemenangan itu adalah sesuatu yang begitu membebankan bagi saya yang sedang menghargai tanggungjawab.
Selangor adalah antara negeri yang berada dalam jajahan tanggungjawab.Tinggalkan sebentar Pandan yang belum dikenalpasti ruang untuk saya bertapak menyumbang sesuatu,kerana platform yang tersedia masih belum mesra dengan diri sendiri lantaran rasa rendah diri yang menebal barangkali.Sekalipun menyedari betapa sikap begitu tidak harus ada pada diri seorang pendakwah yang ingin berjasa.
Shah Alam pula bukanlah laman tempat bermain seperti waktu kecil dulu,cuma ruang yang sedikit dihampar oleh ALLAH di hadapan mata untuk dihadam sebagai mehnah harian.
1 comment:
salam juga untuk awok.. bersama berjuang utk menegakkan islam walau dimana status dan tempat kita berada. Sdr juga boleh bantu Dun Guai dan Par Bera utk menang PRU 13 nanti.
Post a Comment