Saya terpanggil untuk mengulas sedikit tentang apa yang telah ditulis oleh Faisal Tehrani tentang Pas berkenaan dengan isu babi dan beberapa perinsip perjuangan yang sedang dirintis oleh para pemimpin Pas.
Apapun ulasan saya ini juga adalah bersifat pandangan mengikut pemahaman dan budaya berfikir yang sedang saya anuti kini.Ianya masih boleh dipertikaikan oleh sesiapa mengikut pandangan dan pemahaman masing masing pula.
Bagi saya apa yang telah diutarakan oleh Faisal itu adalah tersasar dari kehendak pemikiran Islam itu sendiri sebagaimana beliau cuba menkritik Pas dari sudut dasar dan pendirian parti dalam memperjuangkan Islam di Malaysia.Beliau juga seolah menggambarkan betapa Pas sedang menuju kearah suasana yang akan menggadaikan perinsip perjuangan sendiri apabila setuju untuk 'duduk' bersama dalam pakatan rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai orang yang pandai bermuka muka.Manakala Pas pula diwatakkan sebagai orang yang sudah terpedaya dengan perangkap politik dalam istilah yang digunapakai olehnya sebagai 'bahasa politik'.
Faisal sebagaimana sedia maklum lebih gemar 'berfantasi' dalam alam sasteranya.Manakala kecenderungannya pula sering terarah kepada membela perjuangan 'syiah'(Syiah berasal dari perancangan dan pemikiran Yahudi yang cuba memecahbelah dan mengelirukan umat Islam)yang secara sedar sering dinafikannya.Keperibadiannya lebih tersosok sebagai seseorang yang 'terkeliru' dan secara tidak sedar telah dan sedang mengelirukan(masalah syiah,ahlul bait dan para sahabat) masyarakat sasteranya yang terdiri ramai daripada golongan muda dan pelajar.Mereka ini adalah dari kalangan peringkat umur yang sedang mencari arah dalam kehidupan yang sudah tentu telah lama 'diintai' oleh misi perjuangan faisal melalui dunia kesusasteraannya.("Kalimatul hak arada bihil bathil")
Babi memanglah haram serta najis berat di sisi islam.Dan dalam konteks penternakannya di Selangor bukanlah ada kena mengena dengan masyarakat Islam kecuali masalah alam sekitar yang melibatkan penduduk setempat malah itu semua juga telah diberi jaminan semuanya akan dipastikan dalam keadaan selamat dan terpelihara.Masalahnya, dalam pemikiran umat melayu memang telah sebati sejak berkurun lamanya babi itu adalah sejenis binatang yang jijik lagi kotor.Malah telah menjadi satu isu yang sangat sensitif mengikut pemikiran mereka turun temurun.Sikap paranoid itu jugalah yang telah bersarang dalam kepala Faisal hingga beliau gagal untuk bersikap 'adil' kepada manusia lain yang bukan dari penganut agama Islam.("Dan janganlah kerana kebencian kepada sesuatu kaum hingga menghalang kamu dari bersikap adil,lalu bersikap adillah kamu kerana yang demikian itu lebih dekat kepada taqwa").
Dengan mengupas sedikit tentang permasalahan itu saya pasti akan ada juga huraian huraian kepada masalah lain yang tidak sempat untuk saya mengulas di sini seperti isu Lina joy,fasal 5,Ifc dan sebagainya.Saya juga yakin 'kalah' dan 'menang' itu bukanlah menjadi perkara besar dalam kamus perjuangan ahli ahli Pas insyaALLAH.
Kepada Faisal Tehrani,berhenti berfantasi dan turunlah ke alam realiti...
No comments:
Post a Comment