Sudah hampir sebulan kemenangan terbaru di lima negeri diraikan oleh Pakatan Rakyat dan para pendokongnya.Tempoh itu bolehlah disifatkan sebagai tempoh 'bulan madu' andai boleh meminjam dari istilah yang begitu sekalipun pada hakikatnya tiada istilah bulan madu dalam kamus perjuangan sebenar umat islam.
Sepanjang tempoh kemenangan itu saya baru sempat hadir dua majlis ilmu yang telah dianjurkan di masjid Al azim Pandan indah.Saya memilih masjid itu kerana ianya lebih mesra dengan diri yang telah lama bermastautin disitu sejak 1999 lagi.Di situ jugalah kawasan yang terletak di bawah jajahan dun chempaka yang mana saya telah mengundi buat pertama kalinya pada tahun 2004 tetapi kalah dan menang pula pada kali kedua 2008 baru baru ini yang mana menyaksikan calon Pas Iskandar Abd samad telah menang di kerusi dun Chempaka sekaligus dilantik sebagai salah seorang exco kerajaan negeri selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Program pertama 'Forum perdana maulidur rasul' yang saya hadiri menampakkan sambutan yang agak menggalakkan berbanding sebelum ini yang menyaksikan keadaan dan suasana di masjid agak lengang dan kosong berbanding saiznya yang agak besar.Keadaan begitu membuatkan hati saya jadi bangga dan puas melihat impak dari kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya baru baru ini.
Isnin lepas sekali lagi saya berpeluang ke sana sekalipun terlewat,namun sempat juga memantau kehadiran mereka dalam majlis yang dianjurkan kali ini.Program kuliah maghrib yang telah disampaikan oleh Timbalan Speaker dewan undangan negeri Kelantan ust Nasharuddin Daud itu sempat juga memenuhkan hampir empat saf sembahyang jemaah Isya' pada hari itu.Jumlah yang 'ramai' berbanding hari hari biasa sembahyang jemaah di situ.
Rumusan dari kedua majlis yang pernah saya hadiri itu,saya boleh mengatakan bahawa hampir 90% kehadiran itu adalah terdiri daripada ahli ahli Pas yang datang dari kawasan sekitar yang berdekatan di daerah Ampang.Manakala 10% lagi diwakili oleh orang awam dan penduduk setempat.
Sekalipun kehadiran bagi dua majlis itu adalah lebih baik dari sebelumnya,saya merasakan itu cuma sebahagian kecil dari jumlah sebenar warka Chempaka tanpa kemampuan saya di sini untuk memperincikan jumlah sebenar orang melayu dan islam di sana.Apapun saya yakin masih ramai yang belum berpeluang untuk sama menghayati majlis ilmu yang sebegitu.Andai dikira dari kehadiran solat jumaat pun ia masih kecil jumlahnya.
Persoalan timbul dalam pemikiran saya bagaimana lagi jalan atau peluang untuk kita sampai kepada masyarakat dalam usaha menyampaikan ilmu dan maklumat tentang agenda perubahan yang sedang dan bakal kita laksanakan di kawasan yang lebih kecil berbanding parlimen dan negeri Selangor itu sendiri yang tentu akan menuntut usaha yang lebih besar serta melibatkan jumlah massa yang lebih ramai.
No comments:
Post a Comment