Saturday, February 23, 2008

N37 GUAI

Saya memang lahir dan membesar di sini.Guai adalah nama kampung saya yang terkenal satu ketika dahulu sebagai pusat pengajian ilmu.Malah ramai daripada anak anak kampung ini yang berjaya menyambung pelajaran hingga ke universiti samada dalam atau luar negeri.Yang pasti Guai hanyalah sebuah kampung yang terpencil terletak ditepi sungai pahang yang makin cetek itu.

Hampir tiada pembangunan di kampung ini kecuali jalan tar satu lorong yang menyambungkan penduduk kampung ke bandar Temerloh melalui kampung Tanjung Batu dan Lebak Seberang.Sebelum ini kenderaan hanya boleh sampai melalui jalan Carok Puting hingga ke kampung Guai.Hampir keseluruhan penduduk di situ bekerja sebagai penoreh getah yang lebih mudah dikaitkan dengan kemiskinan kecuali selepas harga komoditi itu mula naik sejak kebelakangan ini.

Memandangkan kedudukan geografi dan cara hidup masyarakat di situ,saya kurang faham mengapa namanya boleh digunakan dalam persempadanan pilihanraya.Barangkali nama itu memang besar dalam peta lakaran daerah Bera hingga tersenarai sebagai kawasan dun pilihanraya.Ternyata sayalah yang sedikit tercicir dari fakta sebenar tentang hal itu.

Apapun di sini,saya suka untuk mengulas tentang calon pilihanraya yang bakal bertanding pada 8 mac ini.Sudah tentu calon yang mewakili parti pembangkang kerana saya mempunyai pertalian saudara dengan calon tersebut.Dari maklumat yang saya dapati dari media,nama yang akan bertanding bagi kerusi dun Guai itu bagi mewakili parti pembangkang PAS ialah Musanif Abd Rahman.Beliau adalah merupakan cucu kepada seorang tokoh Pas(Allahyarham) setempat yang amat disegani satu ketika dulu.Namun sejak kebelakangan ini perkembangan PAS di sana berada diluar bacaan saya kerana lebih banyak masa berada di Kuala Lumpur berbanding di sana.

No comments: