Friday, February 15, 2008

Anwar dan harapan pilihanraya

Parlimen telah dibubarkan kelmarin,ramai yang mempertikaikan cara perdana menteri mengumumkannya,kelihatan seperti 'menipu' ulas mereka.Nada kesal seperti itu bukanlah kali pertama keluar dari kenyataan mereka,malah ada sahaja yang tidak kena di mata mereka.

Sikap kesal itu tidak boleh dipersalahkan kerana mereka yang terlibat (dalam kes ini perdana menteri) juga seolah olah cenderung ke arah apa yang sering mereka perkatakan.Mengapa memilih untuk sering dipertikaikan oleh ramai pihak dalam sesuatu perkara yang melibatkan urusan negara.

Lupakan masalah itu,kerana ramai juga yang tentu kecewa dengan tarikh pembubaran itu yang dilihat telah menafikan seorang tokoh politik yang sedang berusaha meletakkan dirinya kembali ke persada politik tanah air.Dato' seri Anwar Ibrahim tentulah orang pertama yang patut kecewa malah ramai lagi yang lain di sekelilingnya juga turut merasa kecewa.Mereka sedar betapa 'factor Anwar' pasti akan memberikan sesuatu yang berupa 'harapan' kepada ramai pihak.Anda bagaimana..?

No comments: