Pejam celik kehidupan masih lagi menggambarkan akan suasana masyarakat yang saban gawat.Hari demi hari makin terserlah, betapa mereka itu memerlukan sesuatu yang diharapkan boleh membawa sedikit bimbingan, walau tidak secara keseluruhan,kerana itu semua akan dilihat agak berat dan seoah olah mustahil pula untuk dicapai.
Kita bukan berputus asa,tetapi itulah suasananya.Ramai yang cemas dan mengharap sesuatu yang boleh membawa kepada perubahan.Namun senarionya makin meresahkan.Halangan makin bertambah bersama cabaran yang kian mengasak.
Melihat situasi itu,kita seharusnya tidak merasa lemah dan mengaku kalah,bahkan keinsafan haruslah dijadikan azimat pembakar semangat untuk bersikap lebih serius dalam kehidupan serta usaha usaha ke arah membendung suasana dan menyelamatkannya ke era kegemilangan yang terang.
Masing masing harus bermula dari diri sendiri dan melebarkan sinar kedalam persekitaran orang orang yang terdekat.Pastinya pula dalam gaya dan pendekatan yang termampu sebelum ia terlaksana dalam usaha yang lebih serius dan berencana.
pembacaan terhadap suasana dan pengisian yang berterusan tentang kefahaman islam itu sendiri haruslah diselarikan bersama keperluan mencari 'nafkah' hidup.Saban hari makin banyak isu isu baru yang begitu mencabar minda dan kefahaman menanti untuk ditangani secara berterusan dan bijaksana.
pelapis serta agen perubahan yang baru harus cepat dilatih dan dibentuk agar usaha menjadi lebih lancar berkembang dan menyeluruh.Malah sudah tentu sebarang bentuk penangguhan ke arah usaha usaha itu tidaklah harus mendapat keampunan lagi.Hukuman harus ditentukan agar disiplin diri dapat dipastikan hanya tampil untuk membawa kecemerlangan.
Sikap suka menuding jari dan mencari kesalahan orang lain atas apa sahaja masalah yang berlaku harus dihentikan.Siapa mereka untuk kita persalahkan..?kesalahan harus ditanggung ke atas bahu kita kerana kitalah yang lebih mengetahui asal sesutau perkara tetapi kita tidak bersungguh untuk menanganninya.
Perancangan dan cara bekerja kita masih lemah,kita masih memanjakan diri dengan meminta ruang yang lebih selesa yang sepatutnya disediakan untuk kita melaksanakan kerja kerja, sedangkan itu semua bukanlah bidang yang menjadi tanggungjawab mereka,kerana mereka juga adalah antara kumpulan sasaran kita yang masih lemah dan sudah tentu masih memerlukan bimbingan yang berterusan.
No comments:
Post a Comment