Sesetengah orang senang mengambil peranan sebagai penulis di ruang ruang media arus perdana.Mereka menulis mengikut suasana dan mood pemikiran mereka sesuai dengan beberapa peristiwa yang berlaku di hadapan mata atau mengulas beberapa peristiwa dari jarak jauh sahaja.
Apapun gaya mereka,dengan secara langsung kita boleh senaraikan sebagai pengamal media.Ramai di kalangan mereka itu menjadikan penulisan sebagai kerjaya dan sumber mata pencarian.Malah tidak kurang juga ada yang bertindak cuma sebagai memenuhi tanggungjawab sosial atau mereka menjadikan hasil tulisan sebagai sesuatu yang boleh mendatangkan kepuasan dalam hidup.
Sebelum blog ini lahir,saya memanglah antara mereka yang mengikuti dan menghayati hasil hasil tulisan mereka,malah hingga kini saya masih lagi begitu.Kadang kadang saya akan merasa puas dan kadang juga saya akan merasakan sebaliknya.Sesetengah tulisan mereka membuatkan saya teruja untuk membalas penghujahan atau menambahbaikkan beberapa perkara yang saya fikirkan mereka telah menyampaikan sesuatu yang tidak tepat dan tidak benar.Tetapi sebelum saya benar benar berbuat begitu,saya sempat juga berfikir betapa itulah kehidupan dan manusia yang memakmurkannya adalah berbeza mengikut mood dan gaya pemikiran yang tersendiri.
Barangkali saya suka memperkatakan sesuatu sebagaimana tulisan tulisan mereka yang lebih memfokuskan kepada kehidupan sosial.Walaupun sesekali saya juga teruja untuk menulis tentang politik kerana memikirkan antara dua isu itu pasti ada hubungkait yang susah untuk dipisahkan.
Beberapa hari yang lalu saya terbaca satu esei dalam THE STAR yang memperkatakan sesuatu tentang moral terroris.Penulisnya ialah Marina Mahathir yang dikatakan antara pendokong kepada satu badan NGO yang bertindak berjuang atas nama isu isu wanita di dalam islam(SISTER IN ISLAM).Marina dalam tulisannya itu masih lagi menyerang kumpulan yang bertindak menggunakan undang undang untuk mengawal moral masyarakat.Mereka itu disifatkan sebagai terroris sebagaimana Bush juga menggunakan istilah tersebut untuk melabelkan pejuang pejuang islam yang berjuang demi agama dan tanahair.Nampaknya trend untuk menggunakan perkataan terroris begitu popular buat masa ini.
No comments:
Post a Comment