Tuesday, October 04, 2005

Musim persekolahan yang lesu

Ramadhan datang lagi.
mengamit rindu yang pernah bertandang
dan seolah olah kian kabur...
Apakah warnanya akan kekal begitu
atau mungkin akan ada harapan harapan baru yang hadir membawa sinar.

QaddaraLLAHU ma sya fa'al...

Tuesday, August 30, 2005

Long delay..

u know..its about attitude that person who almost like to delay his duty,just a question for him.....untill when..?

Monday, May 30, 2005

Next generation

Sesuatu perkara itu tidak boleh terjadi dengan tiba tiba,semuanya harus bermula dari suasana yang agak lembab dan sukar,namun keadaan itu tidak pula sedang menggambarkan suasana sebagai sesuatu yang akan 'mati'.Bahkan hampir pasti akan adanya kelangsungan, insyaallah.

Bergerak dalam suasana begitu tidak harus disifatkan sebagai berseorangan,malah beberapa individu di kalangan rakan dan teman yang lain sudah juga diberitahu.Mereka kelihatannya berbangga untuk turut membantu dan menyertai apa yang boleh kita sifatkan sebagai 'gelombang' itu.

Barangkali asasnya tidaklah begitu popular berbanding mereka yang memilih untuk berada di pentas atau ruang arus perdana.Namun impaknya dalam nisbah jangka masa panjang,pasti akan membuahkan natijah yang mampu (paling minima) mengurangkan rasa rimas dan debaran yang panjang itu.

Anak anak rebung itu,harus mendapat perhatian dan bimbingan yang sewajarnya,kerana mereka cambah dan tumbuh dalam rimbun dan suasana yang tidak begitu sihat untuk sebuah kehidupan yang diharapkan.Mereka tidak begitu diperkenalkan tentang adanya diri sebenar.Dimana dan bagaimana malah siapa..?

Justeru, perancangan harus juga disusun malah kelangsungannya..

Monday, May 16, 2005

Tentang tanggungjawab

Pejam celik kehidupan masih lagi menggambarkan akan suasana masyarakat yang saban gawat.Hari demi hari makin terserlah, betapa mereka itu memerlukan sesuatu yang diharapkan boleh membawa sedikit bimbingan, walau tidak secara keseluruhan,kerana itu semua akan dilihat agak berat dan seoah olah mustahil pula untuk dicapai.

Kita bukan berputus asa,tetapi itulah suasananya.Ramai yang cemas dan mengharap sesuatu yang boleh membawa kepada perubahan.Namun senarionya makin meresahkan.Halangan makin bertambah bersama cabaran yang kian mengasak.

Melihat situasi itu,kita seharusnya tidak merasa lemah dan mengaku kalah,bahkan keinsafan haruslah dijadikan azimat pembakar semangat untuk bersikap lebih serius dalam kehidupan serta usaha usaha ke arah membendung suasana dan menyelamatkannya ke era kegemilangan yang terang.

Masing masing harus bermula dari diri sendiri dan melebarkan sinar kedalam persekitaran orang orang yang terdekat.Pastinya pula dalam gaya dan pendekatan yang termampu sebelum ia terlaksana dalam usaha yang lebih serius dan berencana.

pembacaan terhadap suasana dan pengisian yang berterusan tentang kefahaman islam itu sendiri haruslah diselarikan bersama keperluan mencari 'nafkah' hidup.Saban hari makin banyak isu isu baru yang begitu mencabar minda dan kefahaman menanti untuk ditangani secara berterusan dan bijaksana.

pelapis serta agen perubahan yang baru harus cepat dilatih dan dibentuk agar usaha menjadi lebih lancar berkembang dan menyeluruh.Malah sudah tentu sebarang bentuk penangguhan ke arah usaha usaha itu tidaklah harus mendapat keampunan lagi.Hukuman harus ditentukan agar disiplin diri dapat dipastikan hanya tampil untuk membawa kecemerlangan.

Sikap suka menuding jari dan mencari kesalahan orang lain atas apa sahaja masalah yang berlaku harus dihentikan.Siapa mereka untuk kita persalahkan..?kesalahan harus ditanggung ke atas bahu kita kerana kitalah yang lebih mengetahui asal sesutau perkara tetapi kita tidak bersungguh untuk menanganninya.

Perancangan dan cara bekerja kita masih lemah,kita masih memanjakan diri dengan meminta ruang yang lebih selesa yang sepatutnya disediakan untuk kita melaksanakan kerja kerja, sedangkan itu semua bukanlah bidang yang menjadi tanggungjawab mereka,kerana mereka juga adalah antara kumpulan sasaran kita yang masih lemah dan sudah tentu masih memerlukan bimbingan yang berterusan.

Friday, April 22, 2005

About people

Sesetengah orang senang mengambil peranan sebagai penulis di ruang ruang media arus perdana.Mereka menulis mengikut suasana dan mood pemikiran mereka sesuai dengan beberapa peristiwa yang berlaku di hadapan mata atau mengulas beberapa peristiwa dari jarak jauh sahaja.

Apapun gaya mereka,dengan secara langsung kita boleh senaraikan sebagai pengamal media.Ramai di kalangan mereka itu menjadikan penulisan sebagai kerjaya dan sumber mata pencarian.Malah tidak kurang juga ada yang bertindak cuma sebagai memenuhi tanggungjawab sosial atau mereka menjadikan hasil tulisan sebagai sesuatu yang boleh mendatangkan kepuasan dalam hidup.

Sebelum blog ini lahir,saya memanglah antara mereka yang mengikuti dan menghayati hasil hasil tulisan mereka,malah hingga kini saya masih lagi begitu.Kadang kadang saya akan merasa puas dan kadang juga saya akan merasakan sebaliknya.Sesetengah tulisan mereka membuatkan saya teruja untuk membalas penghujahan atau menambahbaikkan beberapa perkara yang saya fikirkan mereka telah menyampaikan sesuatu yang tidak tepat dan tidak benar.Tetapi sebelum saya benar benar berbuat begitu,saya sempat juga berfikir betapa itulah kehidupan dan manusia yang memakmurkannya adalah berbeza mengikut mood dan gaya pemikiran yang tersendiri.

Barangkali saya suka memperkatakan sesuatu sebagaimana tulisan tulisan mereka yang lebih memfokuskan kepada kehidupan sosial.Walaupun sesekali saya juga teruja untuk menulis tentang politik kerana memikirkan antara dua isu itu pasti ada hubungkait yang susah untuk dipisahkan.

Beberapa hari yang lalu saya terbaca satu esei dalam THE STAR yang memperkatakan sesuatu tentang moral terroris.Penulisnya ialah Marina Mahathir yang dikatakan antara pendokong kepada satu badan NGO yang bertindak berjuang atas nama isu isu wanita di dalam islam(SISTER IN ISLAM).Marina dalam tulisannya itu masih lagi menyerang kumpulan yang bertindak menggunakan undang undang untuk mengawal moral masyarakat.Mereka itu disifatkan sebagai terroris sebagaimana Bush juga menggunakan istilah tersebut untuk melabelkan pejuang pejuang islam yang berjuang demi agama dan tanahair.Nampaknya trend untuk menggunakan perkataan terroris begitu popular buat masa ini.

Thursday, April 21, 2005

Sekali lagi harapan

Kadang kadang terasa bukan tidak mahu menulis,tetapi hati bagaikan sering diamuk rasa kecewa terhadap banyak perkara yang berlaku di hadapan mata.

Hakikatnya saya tidak sepatutnya merasakan begitu,kerana saya telah melantik diri atau dengan secara langsung bertanggungjawab apabila telah bersetuju mengharum nama sebagai MUSLIM.Bersikap putus asa bukanlah satu satunya jalan yang boleh saya pilih kerana itu adalah sebahagian daripada unsur unsur negatif yang tidak diperlukan oleh diri sendiri sejak dari mula lagi.

Bermula daripada persekitaran ekademik yang berlatar belakangkan pendidikan agama,saya harus dilihat lebih kuat sekalipun kadang kadang terasa diri keseorangan atau memang sengaja meletakkan diri dalam kondisi yang begitu.

Di hadapan saya terhampar beratus ratus jiwa(masih belum ramai barangkali) yang perlu dicorakkan agar turut sama menyedari akan tugas dan tanggungjawab diri sebagai makhluk TUHAN di atas muka bumi yang sementara ini.

Melihat kepada bilangan yang telah disebutkan,mungkin ada yang mengatakan itu adalah masih sedikit walaupun sebenarnya dari ukuran saya,jumlah seorang itu sudah memadai andai mereka memahami dan menghayati semangat yang ingin saya terapkan ke dalam jiwa mereka.

Untuk dua bulan pertama,saya merasakan perjalanan seakan agak lembab kerana terlebih dahulu perlu memastikan disiplin mereka terkawal dalam bentuk kumpulan,saya tidak boleh memilih untuk memimpin mereka secara individu kerana merasakan semua mereka berhak untuk bersama kami dalam pelayaran yang masih panjang dan tidak diketahui penghujungnya bila dan dimana.

Monday, March 14, 2005

Susahnya menjadi diri sendiri

Alam belajar dan proses pendewasaan adalah sama sekali tidak sama dengan realiti hidup sebenar yang sedang saya alami sekarang.Mungkin itulah juga 'satu kepura puraan' yang pernah dimaksudkan oleh Wardina Safiah dalam kolum tulisannya di akhbar berita mingguan satu ketika dulu.Cuma saya tidak begitu pasti berapa ramaikah yang lain turut merasakan pengalaman yang sama sebegitu.

Saya membesar dalam belaian dan tunjuk ajar yang agak sederhana daripada seorang ibu.Dia selalu mengharapkan saya menjadi manusia yang berjaya dan berguna serta tahu akan tanggungjawab sebagai makhluk tuhan dalam menjalani kehidupan.

Barangkali harapan ibu itu sebahagiannya telahpun tercapai dengan perginya saya menimba ilmu dan kembali lagi ke sini untuk meneruskan kehidupan.

Selama proses membesar,ibu sering memberi galakan dan bimbingan agar saya menjadi manusia yang patuh pada perintah tuhan,dengan kata lain menjadi manusia muslim yang beriman dan beramal.Ada banyak unsur dan nilai kebaikan yang telah saya pelajari dan yang paling penting ialah tersentuh dengan norma norma kebaikan tersebut.Seterusnya memantulkan kesannya dalam tindakan dan tingkah laku seharian.Saya terlatih untuk jadi begitu dan begini,melakukan beberapa perkara dan menjauhi beberapa perkara yang lain.Walaupun memang saya akui kadang ada juga tersasul menyalahi prinsip prinsip itu,tetapi saya amat menyedari akan sesuatu itu.Ianya adalah satu perkara yang salah dan melakukannya adalah satu kesilapan.

Ketika ini,dalam hari hari melalui kehidupan,saya banyak melihat dan bergaul dengan masyarakat.Bersama rakan serumah,kawan kawan,jiran dan masyarakat setempat.Saya tentunya masih lagi dalam tempoh meneruskan gaya hidup dengan prinsip prinsip yang telah dibekalkan sejak dari kecil lagi.

Dalam usaha meneruskan kehidupan begitu,saya sebenarnya sedang menanggung beban lantaran dari persekitaran dan gaya hidup yang berbeza dengan prinsip diri.Saya tidak begitu bebas untuk melaksanakan tuntutan sebagaimana yang sepatutnya.Peruntukan untuk diri melaksanakan apa yang digalak dan ditegah dalam kehidupan begitu terhad sekali.semuanya itu menuntut saya agar hanya bersabar dan bersabar.

Thursday, February 24, 2005

Merawat institusi sosial

Sebagai salah satu bahagian dari institusi tersebut, saya secara sedar sedang melihat bibit bibit atau sindrom yang sedang melanda,bahkan saya yakin ramai daripada mereka yang berada di sekeliling juga sedang merasakan peri bahaya akan ancaman dari virus tersebut.

Ramai pihak telahpun menyuarakan keresahan itu samada melalui sembang sembang kedai kopi,seminar,forum dan debat malah hingga ke parlimen sekalipun,namun permasalahan itu belum nampak akan mengendur dan mententeram hati setiap warga yang perihatin.Persoalannya,adakah masalah tersebut begitu liat dan kebal untuk pulih ceria seperti suasana yang sepatutnya..?

Jawapannya adalah tidak.Malah persoalan itu harus dilihat kepada punca utama yang mengakibatkan keadaan itu menjadi sedemikian rupa.Langkah langkah ke arah pemulihan itu haruslah dimulakan daripada akar umbi permasalahan dan dilakukan dengan lebih detil dan serius.

Hari ini setiap jiwa dari masyarakat malaysia sedang menghadapi masalah dan dalam dilema dua budaya yang bertentangan.Pertembungan antara dua norma agama dan gaya hidup glamour.Tidak dinafikan ramai di kalangan ibu bapa begitu perihatin dan sedar betapa pentingnya memberikan didikan agama yang secukupnya terhadap anak anak.Namun kesedaran dan usaha kearah itu tentu saje akan menghadapi halangan dan cabaran yang besar oleh gaya hidup masyarakat setempat pada hari ini.Pagi mereka akan ke sekolah mendengar dan memahami apa yang disajikan melalui pengajian agama,manakala sebelah petang dan malam pula mereka diasak dengan budaya yang berbeza daripada program televisyen dan sumber yang berbagai.

Fenomena itu bolehlah digambarkan seperti 'mandi dan kembali terjun bermain lumpur'.Hasilnya badan mereka akan sentiasa kotor dan tercemar.

Monday, February 14, 2005

That's what i want to say

Febuary telah sampai ke pertengahannya,manakala saya masih lagi belum memeriahkan blog ini dengan tulisan tulisan yang boleh mempamirkan idea dan pemikiran saya tentang kehidupan.

Kadang kadang waktu sering menjadi perkara yang saya boleh memilihnya sebagai alasan,tetapi sebenarnya saya tidak suka menggunakan alasan alasan tersebut kerana merasa apa yang ingin saya tuliskan di sini adalah jauh lebih berharga daripada sekadar memberikan alasan itu.

Antara perkara yang sedang bermain di fikiran saya sekarang ialah beberapa individu yang sedang memainkan peranan dalam mencorakkan isu dalam negara.Mereka itu boleh juga saya sebut sebagai ahli politik yang sering mendapat tempat dan perhatian oleh media negara serta bualan masyarakat di kedai kopi sebagaimana ianya adalah adat dan budaya yang sinonim dengan Masyarakat setempat.

Mereka itu tidak bukan selain Pak lah perdana menteri Malaysia yang sedang mendapat mandat,Najib tun Razak sebagai timbalannya dan Anwar Ibrahim yang bergerak di luar sebagai ketua barisan pembangkang.Selain itu bayangan bekas perdana menteri Mahathir Mohammad telah mula menonjol kembali sejak akhir akhir ini.

Ada banyak perkara yang ingin saya perkatakan di sini tentang mereka sebelum saya beralih kepada isu lain yang berkait dengannya..

Friday, February 04, 2005

Perihal bahasa

Dari kelmarin pemikiran saya masih lagi tersimpul dan berkisar pada isu bahasa.Samada akan terus menggunakan bahasa ibunda atau cuba menyampaikan maksud dengan menggunakan bahasa yang mungkin agak sukar untuk menyampaikan apa yang bermain di dalam minda.Saya menjadi tidak yakin pula andai terus menulis dalam bahasa ini,nescaya apa yang ingin saya sampaikan nanti tidak begitu merata sasaranya.

Tetapi saya tidak mempunyai banyak pilihan dalam maksud untuk menyampaikan apa yang berkisar dalam pemikiran,bahasa ibunda adalah alat yang paling mudah untuk meluahkan sesuatu setakat ini,sekalipun menyedari akan kekurangan efisyennya saya teruskan juga.

Barangkali ada kebijaksanaan yang tidak saya sedari di sebalik bahasa yang sedang saya gunakan ini.Apa yang jelas ialah saya tidak perlu menjadi orang lain untuk menyampaikan sesuatu.Saya sepatutnya menjadi lebih adil terhadap diri sendiri berbanding orang lain kerana andai bersusah payah dalam menyampaikan sesuatu,itu hanya akan membantut dan melambatkan usaha saya ke arah itu,hasilnya,buatlah sesuatu yang mudah dan mampu untuk dilakukan.

Sebenarnya ini adalah satu tugas dan boleh juga saya namakan sebagai tanggungjawab yang terpikul di bahu,saya harus menonjolkan satu budaya dan bahasa tersendiri di alam maya untuk tatapan dunia,samada mereka berjaya untuk memahami atau sekadar memerhati tanpa mengerti apa yang terpamir di halaman pc mereka;terserah...

Andai di kaji dari sudut geografi,rumpun MELAYU ini agak besar dan meluas jajahannya menyeliputi MALAYSIA,INDONESIA,BRUNEI,SINGAPURA,SELATAN THAI dan AFRIKA SELATAN.Jumlah mereka pasti sudah mencecah ke angka ratusan juta penduduk.Sudah memadai 10% dari jumlah tersebut akan sampai ke sini dan menghayati.

Selamat membaca..

Sunday, January 30, 2005

Renovation in progress

Ternyata aku masih terlalu mentah dalam kerja kerja membina dan membangunkan blog ini,apapun ini adalah sesuatu yang baru dan pastinya menarik.

Setelah di teliti,penampilan yang terbaru ini(biru kepada hijau) adalah lebih menarik dari segi citarasa.tetapi tulisannya agak kurang menonjol,apapun inilah yang diguna pakai sehingga ke tarikh yang belum pasti.

Sepanjang tempoh memerhati dan melihat,terasa seperti diri ini amat kerdil dan dalam perkataan lainnya,tidak tahu banyak tentang IT,namun aku akan tampil juga dengan kemahuan dan kemampuan yang terhad ini.Tentang bahasa,itu tidak akan menjadi masalah,let me do what can i do.

Selamat berkarya..


Friday, January 28, 2005

Martabatkan bahasa Al quran

Salam sejahtera dan kemesraan saya ucapkan kepada semua yang membaca tulisan ini.Sepanjang perjalanan melayari blog yang lain ternyata apa yang saya temui mereka adalah pengguna bahasa inggeris.Belum sekali saya menemukan mereka yang menggunakan bahasa arab.Barangkali malah barang jelas mereka yang berlatar belakangkan bahasa Alquran itu jarang jarang menggunakan portal ini.

Saya juga kebetulannya sama seperti mereka yang lain lebih mesra dengan bahasa ibunda sendiri,tetapi bila difikirkan kembali ternyata di sini juga tidak ramai yang menggunakan bahasa itu,maka keputusannya adalah mereka yang datang dari latar belakang arab dan melayu masih kurang menggunakan portal ini.

Niat di hati memang ingin mempopularkan bahasa Alquran,tetapi andai kedudukannya di sini agak kurang relevan,memilih bahasa yang paling mudah untuk menyampaikan maksud adalah pilihan yang terbaik saat ini.

Apapun saya akan cuba terus menggunakan bahasa ibunda dan di selang seli kan dengan bahasa arab dan english.Apa yang menjadi masalahnya di sini ialah, saya agak kurang mahir dalam menggunakan bahasa inggeris.

Selamat mencuba buat diri saya..


siapa aku

aku ini siapa
siapa aku ini
dalam mencari erti
dalam kendiri

aku ini siapa
hingga sengaja melupakan diri
yang sepatutnya mensyukuri
ni'mat ilahi

langkah selanjut usia

Asalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.sekadar permulaan pada kelangsungan terma,dalam meluahkan idea dan pemikiran pada apa yang kita lihat di alam maya ini.Saya berasa terpanggil untuk menyampaikan sesuatu buat tatapan semua atau barangkali beberapa individu yang tampil ke laman ini.

Selamat datang buat teman dan rakan.semoga dengan terbangunnya laman ini kita boleh berkongsi pendapat dan bertukar fikiran seterusnya mampu meningkatkan kefahaman masing masing tentang hidup dan dunia yang sedang kita huni bersama ini.