Antara realiti dan apa yang terbayang dalam pemikiran adalah sesuatu yang amat jauh berbeza.Apabila kita menoleh dan melihat pergerakan atau usaha yg telah dan sedang dilakukan oleh para ilmuan dalam mendidik masyarakat,kita dapati seolah2 ada sesuatu yang tak kena,ada ruang ruang yang masih kosong dan belum diisi.
Kekosongan itu hanya dilihat dan dikesan oleh orang seperti kita yang tidak atau belum berbuat apa apa sebagai sumbangan kepada masyarakat.Kita anak anak muda yang masih mengembara mencari ilmu dan pengalaman serta kekuatan sering mengeluh begitu."mereka tidak berbuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan untuk memastikan usaha dan cita cita itu tercapai".Sebenarnya mereka juga tidak sedar atau telah sampai ke tahap buntu untuk memikirkan apa yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik masyarakat.
Andai diteliti,memang tidak kurang usaha usaha yang telah dan sedang mereka jalankan dalam masyarakat seperti pengajian agama samada di bilik2 kuliah di universiti kolej atau sekolah,di masjid masjid,ceramah,forum dan sebagainya.Namun sejauh mana usaha mereka itu berkesan dan berterusan...?
Sekali imbas tulisan ini ada berupa kritikan, tetapi objektifnya adalah melebihi daripada itu,ia berupa harapan agar hasil yang lebih menyerlah terlaksana dan boleh di lihat kesannya dalam masyarakat.
No comments:
Post a Comment