Tuesday, January 04, 2011

Isu Kerajaan Perpaduan bertiup kembali..

Setelah sekian lama menyepi, kini isu yang boleh menggegarkan perpaduan antara ahli PAS telah mula timbul kembali.Berita tersebut mula menjadi perhatian setelah Pengarah pilihanraya negeri Abd Fatah Harun membuat lontaran tentang isu itu di dalam laman sosial facebook miliknya.

Seperti biasa ramai juga yang tampil mempertikaikannya dengan label sebagai fitnah kepada pemimpin yang telah dipilih ahli sebagaimana dulu.Ada yang mengatakan bahawa isu itu sengaja dikeluarkan sempena pemilihan parti yang akan diadakan pada tahun ini malah ada juga yang membuat tafsiran bahawa mereka yang terlibat sengaja berlindung disebalik kesalahan mereka dengan menghubungkan isu kerajaan perpaduan dengan isu pemilihan.

'Moral off the story'nya ialah memang sering kedapatan dua pihak di dalam PAS yang tidak begitu selari pemikiran mereka.Saya merasa amat sedih dengan keadaan ini yang mana ianya akan menggambarkan perjuangan itu berada dalam keadaan yang serba tak kena dan agak gawat.

Fitnah sememangnya sering melanda umat Islam sejak zaman sahabat lagi,tetapi bagaimana ianya mampu ditangani oleh mereka yang mengambil bahagian sahaja yang akan membezakannya.

Dalam keadaan PAS dewasa ini siapa yang dipertangungjawabkan untuk mereda atau meyelesaikan masalah,kelihatan Tuan Presiden tidak begitu tajam dalam membuat tindakan hingga membiarkan isu ini berlarutan dalam tempoh masa yang agak panjang.

Pemimpin yang kurang efektif akan mencorakkan organisasi yang sedang dipimpin olehnya..Siapa yang lebih peduli..?

No comments: