Monday, August 11, 2008

Non Muslim,Majlis Peguam dan mereka yang lemas

Sepanjang 50 tahun negara medeka,ternyata rakan rakan kita dari kalangan bukan muslim masih lagi berada dalam 'alam kelemasan'yang sudah tentu tanpa kerelaan jua adanya.

Apa yang telah mereka usahakan pada hari sabtu 9 ogos lepas adalah sesuatu yang tetap juga salah dan boleh juga dikatogerikan sebagai 'menganggu',lalu menimbulkan satu suasana yang 'tidak enak'di dengar yang sudah pasti menambahkan lagi masalah sedia ada yang belum selesai.Yang kusut lagi ditambah kalut.

Tambah menggerunkan bila terbaca akan laporan yang mengatakan sesuatu yang berupa 'bom petrol' telah ditemui di luar bangunan Majlis peguam sewaktu kejadian kecoh ekoran demontrasi yang diadakan oleh beberapa NGO dan parti politik PAS,UMNO dan PKR.Malah bom petrol itu juga melarat bahkan terus 'meletup' sekalipun tidak mendatangkan kesan apa apa di sekitar halaman rumah Dato Shahrizat Abd Jalil di Bukit Damansara.

Saya tidak mahu mengulas apa pula hubungan antara Shahrizat dan Ambeega (Presiden Majlis Peguam)yang dikaitkan dalam urusan jual beli rumah tersebut.Apa yang musykilnya di sini ialah apakah kewajarannya bom petrol itu 'diwujudkan' di sana?Adakah ianya membawa tujuan provokatif?atau apa..?

Bunyinya,ia sudah sampai ke tahap yang agak tegang hingga dikatakan juga peguam Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Bharu masih hilang tidak dapat dikesan bersama keluarganya.Sampai ke tahap itu..?

Saya tidaklah mahu menyalahkan mereka yang berdemontrasi,malah berterima kasih kerana bertindak mewakili kami semua umat islam dan juga saya yang tidak dapat menghadirkan diri atas urusan lain.

Namun jauh di sudut hati saya merasa kesal yang membawa 'keinsafan dan rasa bersalah', betapa kita yang telah hidup dalam negara Malaysia yang telah 50 tahun merdeka, tetapi masih 'gagal mententeramkan' rakan rakan non muslim kita terhadap ISLAM yang kita sedang yakini ini malah sanggup mati pula kerananya.

Ya ALLAH ya Tuhanku,ampunilah mereka kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui...Selagi kita tidak berusaha bersungguh2 mengayam cahaya rohani ke dalam jiwa mereka,selagi itulah mereka tidak akan faham dan terus hanyut dibuai kelemasan.Fikir serta renung2kanlah...

No comments: