Thursday, April 21, 2005

Sekali lagi harapan

Kadang kadang terasa bukan tidak mahu menulis,tetapi hati bagaikan sering diamuk rasa kecewa terhadap banyak perkara yang berlaku di hadapan mata.

Hakikatnya saya tidak sepatutnya merasakan begitu,kerana saya telah melantik diri atau dengan secara langsung bertanggungjawab apabila telah bersetuju mengharum nama sebagai MUSLIM.Bersikap putus asa bukanlah satu satunya jalan yang boleh saya pilih kerana itu adalah sebahagian daripada unsur unsur negatif yang tidak diperlukan oleh diri sendiri sejak dari mula lagi.

Bermula daripada persekitaran ekademik yang berlatar belakangkan pendidikan agama,saya harus dilihat lebih kuat sekalipun kadang kadang terasa diri keseorangan atau memang sengaja meletakkan diri dalam kondisi yang begitu.

Di hadapan saya terhampar beratus ratus jiwa(masih belum ramai barangkali) yang perlu dicorakkan agar turut sama menyedari akan tugas dan tanggungjawab diri sebagai makhluk TUHAN di atas muka bumi yang sementara ini.

Melihat kepada bilangan yang telah disebutkan,mungkin ada yang mengatakan itu adalah masih sedikit walaupun sebenarnya dari ukuran saya,jumlah seorang itu sudah memadai andai mereka memahami dan menghayati semangat yang ingin saya terapkan ke dalam jiwa mereka.

Untuk dua bulan pertama,saya merasakan perjalanan seakan agak lembab kerana terlebih dahulu perlu memastikan disiplin mereka terkawal dalam bentuk kumpulan,saya tidak boleh memilih untuk memimpin mereka secara individu kerana merasakan semua mereka berhak untuk bersama kami dalam pelayaran yang masih panjang dan tidak diketahui penghujungnya bila dan dimana.

No comments: