Friday, January 25, 2008

Krisis kepimpinan

Membaca sejarah membuatkan kita merasa tidak begitu berpuas hati dengan apa yang telah dipaparkan tentang tokoh tokoh pemimpin sejak zaman khalifah Al Rashidin lagi.Apakah sejarah itu memang telah dirancang untuk ditulis begitu atau memang itulah hakikat sebenarnya yang telah terjadi.

Kadang kadang terfikir,adakah boleh diterima akal waras tentang apa yang digambarkan bahawa saidatina Aisyah dan saidina Ali pernah berbalah dalam menentukan siapakah yang berhak untuk dilantik menjadi khalifah selepas kematian Saidina Usman.Malah itu jugalah gambaran yang dilukis tentang sahabat sahabat yang lain dalam menghadapi kemelut pelantikan khalifah untuk memimpin orang orang islam menjalani kehidupan selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW.

Andai benarlah apa yang telah dipaparkan oleh sejarah begitu,lalu bagaimana pula sejarah manusia muslim hari ini.Sudah tentu dalam urusan kehidupan mereka akan melalui krisis yang lebih hebat lagi memandangkan tahap keimanan mereka yang sudah tentu jauh lebih lemah berbanding para sahabat yang pernah mendapat bimbingan terus dari Rasulullah SAW.

Krisis kepimpinan umat yang telah lalu harus menjadi pengajaran besar buat kita dalam melalui rencah kehidupan yang lebih kompleks pada hari ini.

Menulis dan memimpin

Sudah tentu ada banyak perbezaan antara dua karektor manusia yang telah disebutkan di atas.Ramai yang boleh dan begitu berbakat dalam bidang penulisan.Mereka adalah antara wakil dari berbagai latar belakang pendidikan.Menulis pelbagai isu dalam ruang lingkup pemikiran tersendiri.Berdasarkan pendapat peribadi dan pengalaman semasa.

Begitu juga dengan kemahiran berpidato.Terdapat sesetengah mereka yang mampu menguasai seni pidato dengan begitu berjaya sekali.Apabila mereka berdiri di depan khalayak ramai sudah tentu akan membawa impak yang boleh dibanggakan.Kedua dua kemahiran itu memanglah menjadi satu kelebihan dan 'laku' dalam kehidupan manusia ketika ini.

Namun kedua dua faktor itu tidaklah menjamin seseorang itu akan menjadi seorang pemimpin yang berjaya.Kerana pemimpin yang lahir dalam masyarakat adalah daripada mereka yang berkarektor mulia dan sudah tentu bijak merancang.Ianya tidak semestinya hadir dari parti politik kerana pemimpin yang dihormati adalah mereka yang datang dari kalangan masyarakat setempat.Mereka tampil memimpin masyarakat dengan program tertentu secara sistematik dan berterusan.

Thursday, January 24, 2008

ilmuana satu evolusi..?

Detik hati untuk menggerakkan ilmuana sebagai sebuah organisasi itu adalah positif.Kerana itu juga akan dilihat lebih bertumpu dan boleh juga dijadikan sebagai asas untuk bergerak dalam masyarakat.Idea begini barangkali sepadan dengan teori pemasaran yang lebih menekankan kepada jenama untuk lebih mudah dikenali.

DENGAN INI SAYA INGIN MERASMIKAN SEBUAH EVOLUSI YANG AKAN BERGERAK DALAM MASYARAKAT DENGAN NAMA... ILMUANA