Saturday, February 06, 2010

Apa lagi yang tak kena dengan PAS

pergolakan yang walaupun kecil,sudah tentu akan membawa kesan yang tak baik kepada kelangsungan politik PAS.Ianya adalah kesan sampingan dari isu kerajaan perpaduan yang pernah menggoncang PAS dari dalam.

PAS tidak diasak dari luar sebagaimana PKR yang mana kedudukan penasihat serta nadi perjuangan mereka masih berhadapan ranjau yang entah bagaimana hujungnya.Ini ditambah lagi dengan tingkahlaku beberapa kerat pemimpin dalam PKR yang membuat onar sesama rakan Pakatan Rakyat DAP.

Keputusan Jawatankuasa disiplin yang diketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man ternyata mendapat kritikan keras dari pelbagai pihak termasuk dari pemuda negerinya sendiri Abdullah Abd Karim.Sepanjang pengamatan saya,TITM adalah antara pemimpin yang dihormati oleh ahli PAS tetapi selepas keputusan tersebut kredibiliti dirinya sudah mula boleh dipertikai oleh ramai pihak.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku saban hari pastinya akan membawa beban kepada PAS.Saya sendiri sukar untuk menjangkakan nasib mereka dalam pilihanraya yang akan datang.Malah apa yang termampu hanyalah menunggu dan melihat sahaja..

Wednesday, January 13, 2010

Allah: Siapa pasung fikrah muslim?

Hasmi Hashim Jan 13, 10 9:06am(Mkini)

Sebagai salah seorang panel forum 'Allah: Siapa Punya?' kelmarin, saya berpendapat bahawa isu kalimah Allah kini tiba di peringkat persoalan sosio-budaya; bukan lagi hanya berlegar kepada persoalan hukum-hakam agama.Dengan banyaknya surah-surah di dalam Quran, jelas sekali penggunaan nama 'Allah' oleh mingguan Herald tidak bersalahan dengan Islam.

Persoalan sekarang, bukan siapa yang berhak memakai nama 'Allah', tetapi terbau kuat akan wujudnya pihak yang mahu memiliki hak mutlak bagi menafsirkan ayat-ayat al-Quran dalam usaha menguasai doktrin Islam itu sendiri.Selepas sekian banyak hujah yang dibentang, di hujung forum, Dr Azwira A Aziz (pensyarah kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia) dua tiga kali berbisik kepada saya, "mengapa jadi begini?"Maksud beliau, mengapa dalam hal ini, kedapatan cendekiawan, ahli akademik, ahli teologi bahkan ulama tidak menjadi jernih akal budinya berhubung isu yang dibincangkan.

Kita akui bahawa 'pemegang fakta' bukan bermakna 'pemegang kebenaran'; sama halnya hujah wajar dijawab dengan hujah dan bukannya penglabelan.Memang, saya tidak punya jawapan ringkas. Hanya yang dapat dirumuskan bahawa suasana malam itu mengingatkan ungkapan profesor Dr Tariq Ramadan kala memberikan syarahan awam bulan lalu di Kuala Lumpur bahawa ia adalah masalah pemikiran umat. Ia bukannya masalah Islam; apatah lagi masalah Illahi... bukan!Tidak sekalipun saya cuba menolak Teks; sama ada al-Quran dan hadith, kala mana sekian banyak ayat al-Quran dipetik misalnya daripada surah Ali Imran (64), al-Ankabut (46) bahkan paling jelas, al-Hajj bermula ayat 39 sehingga 46.Ayat-ayat, kaedah dan disiplin penafsiran juga sempat disentuh Dr Azwira.

Saya kira, pada peringkat ini, adalah keanak-anakan sekali andai ada yang masih membebelkan bahawa umat harus merujuk kepada al-Quran dan hadith (yang diingatkan setiap khutbah Jumaat!) sedangkan memang sudah dilaksanakan seruan itu. Begitu juga rujukan terhadap qias dan ijma' ulama.Oleh kerana masalah ini adalah masalah umat, masalah pemikiran, tentang faham yang mendasarinya, maka saya dengan tegas sejak dari awal mengajak agar diteliti pengalaman Munshi Abdullah sebagai pengalaman dalam lingkungan sosio-budaya Melayu.

Apakah orang Melayu tidak punya pengalaman sejarah di atas isu serupa?Apabila nama Munshi dibangkitkan, tuduhan, ejekan dan fitnah terhadap Munshi didendangkan semula. Paling tidak, tuduhan klise bahawa Munshi itu rapat dan terlalu memuja Barat, atau dalam bahasa hari ini dia pasti akan dituduh "agen Barat".Hubungan baik Munshi dengan sekian ramai orang Inggeris termasuk dengan Stamford Raffles mahupun dengan paderi Kristian yang bernama Thomsen dijadikan alasan untuk menakut-nakutkan Melayu hari ini, seperti mana rasa tidak yakin diri di kalangan masyarakat Melaka kala Munshi masih hidup.

Antara lain, demi muaknya atas tuduhan (labelan) kepadanya, Munshi menuliskan: [D]an banyaklah orang menyatakan pekerjaan itu tiada baik, iaitu merosakkan agama adanya, maka apabila aku mendengar perkataan itu, tunduklah aku sambil keluar air mataku, serta berfikir: 'Dari mana gerangannya datang bencana ini? Terlalu bodoh.'Tohmah dan fitnah seperti 'paderi Munshi' tidak lain datangnya daripada orang yang dimaksudkan itu. Bukan sahaja bodoh, tetapi penuh pula rasa curiga sebagai lambang tidak ada yakin diri ini.Islam telah merungkaikannya di bawah makna 'iman' itu sendiri.

Membayangkan masalah sedemikian, Munshi menulis: [M]aka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu serta memberitahu akan mereka itu, bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang ke dalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka.Kebimbangan segelintir Muslim andai nama Allah itu disalahguna pihak bukan Islam bukan alasan bagi Muslim tidak memberikan hak dan keadilan kepada yang bukan Islam.Bahkan Allah SWT jua mengingatkan bahawa Dia jualah yang berkuasa membinasakan kaum-kaum yang berdusta dan melakukan kerosakan seperti kaum Nabi Nuh dan 'Aad, kaum Nabi Salih (Thamud), kaum Nabi Ibrahim, kaum Nabi Lut, kaum Nabi Musa dan penduduk Madyan.

Faktanya, Munshi meninggal dunia (di Jeddah pada 1854) sebagai seorang Muslim; pegangan agamanya tidak pernah goyang dan calar sepanjang beliau melakukan kerja terjemahan Injil, bahkan sepanjang hayatnya.Begitu juga Thomsen. Dia juga orang alim bagi agamanya. Kealiman dan ketaatannya kepada Kristian sehingga menyebabkan beliau takut untuk menukar barang sepatah pun perkataan di dalam Injil. Dia mahukan Munshi menterjemah sepatah demi sepatah.Munshi tidak bersetuju. Bagi Munshi, jalan bahasa Melayu berbeza dengan jalan bahasa Inggeris.

Andai terjemahan secara literal (harfiah) seperti yang dimahukan oleh Thomsen, akan mengakibatkan maksud asal Injil akan tergelincir.Contohnya diberikan Munshi sendiri pada halaman 201, ayat 28 dalam edisi 'kitab Injil Tuan Thomsen'. Ayatnya berbunyi: Maka tatkala itu Simeon mengangkat anak 'Isa itu pada tangannya lalu memuji Allah.Menurut Munshi, jalan bahasa Melayu oleh Thomsen itu membayangkan bahawa Nabi Isa seolah-olah mempunyai anak, sedangkan kata Munshi, [M]aka dalam fahamku demikian kerana belum pernah aku mendengar dalam agama Islam, istimewa dalam agama Masehi, akan 'Isa itu kahwin.

Secara tidak langsung, kerja terjemahan Injil, yang kemudiannya dikenali sebagai "Injil Melayu Melaka dan Singapura", telah membuatkan keyakinan Munshi terhadap ajaran Islam semakin jelas.Apa yang mengecewakannya, bukan kerja terjemahan itu. Munshi kecewa apabila begitu banyak kesalahan yang dilakukan oleh Thomsen, yang tidak mahu mendengar nasihatnya sebagai guru.Di pihak Thomsen pula, beliau sangat takut untuk mengubah-ubah letak duduk perkataan daripada Injil versi King James kepada laras bahasa Melayu.

Begitu juga dengan penggunaan nama 'Allah'. Bagi istilah 'tuhan' yang tidak merujuk kepada Tuhan yang disembah, maka telah dihilangkan satu huruf 'lam', menjadi bunyinya 'Alah', sementara bagi maksud Tuhan yang disembah, dikekalkan ejaan alif-lam-lam-ha dengan bunyinya 'Allah'.Perlu diingatkan bahawa Injil berkenaan dicetak dengan tulisan jawi. Barangkali kalau dilihat seperti mana hari ini, seperti kitab agama di sekolah-sekolah agama Islam negeri Johor. Kitab berkenaan dicetak puluhan kali, dan cetakan pertama di Melaka sebelum di Singapura.

Siapakah yang membeli dan membaca Injil dalam bahasa Melayu itu, kalau tidak kemudiannya dibaca oleh orang Melayu?Namun, tidak wujud kes yang dapat disahkan bahawa orang Melayu di Melaka atau Singapura, atau Johor, atau Riau (Sumatera) pada zaman itu, misalnya, yang menukar agama mereka kepada seorang Kristian.Injil Melayu Melaka dan Singapura itu bukanlah Injil yang pertama kali diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Di zaman Belanda, iaitu sebelum Inggeris menguasai Melaka, pemerintah Belanda telah mengarahkan seorang pegawai tingginya yang bernama Klinkert untuk menterjemah Injil dalam bahasa Melayu.Kira-kira 150 tahun Munshi meninggalkan kita.

Cendekiawan, ulama bahkan muslim keseluruhannya tidak boleh mengikuti jejak Vatican dalam kes ahli sains Galileo Galilei yang ditangkap, dipenjara dan diseksa hanya kerana orang pandai itu membuktikan bahawa bumi bukan titik tengah cakerawala seperti mana doktrin Kristian.Hanya selepas seluruhnya hidup Galileo terseksa; selepas 350 tahun kemudiannya, pada 1992 barulah Vatican mengakui kesalahannya dan memohon maaf.Arakian, darjat umat dan Melayu tidak akan termuliakan dengan fitnah yang diangkat sebagai 'fakta'; samalah bahawa bahasa Melayu tidak akan jadi bahasa yang besar dan agung tanpa kesediaan menerima ilmu luar ke dalam bahasanya; termasuklah pengetahuan daripada kitab-kitab agama lain.

Dalam sekian banyak pertengkaran dan perbezaan, sedar tidak sedar kedua-dua orang alim itu, Munshi dan Thomsen, telah sama-sama memilih istilah 'Allah'. Mereka sama-sama mengakuinya.

Hasmi Hashim, seorang pengkritik budaya dan penulis rencana, bergiat aktif bersama PKR.

Tuesday, January 05, 2010

Ibn Rushd jawab al-Asya'irah, al-Ghazali

Abdul Rahim Sabri Jan 3, 10 4:42pm(mkini)


Setelah menekuni Al-Kashfu ‘an Manahij al Adillah fi ‘Aqaid al-Millah antara karya ulung failasuf Cordoba, Ibn Rushd, beberapa tahun lalu sehingga hari ini, semakin saya membacanya, semakin asyik untuk memahami kesudahan buku ini.Karya ini, seperti nasib karya-karyanya yang lain, jarang sekali diperkatakan atau dibahaskan untuk perbincangan di universiti kita.

Sepanjang pengalaman saya belajar di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) dahulu, buku ini tidak dijadikan bahan kuliah.Saya mengenali buku ini pun selepas tamat pengajian sejak 2004 lalu. Sekali pun tidak mahu dimasukkan dalam sukatan pengajian di kampus-kampus kita, saya fikir mahasiswa serta masyarakat umum patut didedahkan dengan buku ini.

Karya Ibn Rushd, atau Averroes di dunia ilmiah Eropah, meluncurkan satu kritikan umum terhadap mazhab ahli kalam – pada zamannya dan kini - khususnya kepada al-Asya’irah, mazhab teologi yang menterasi akidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.Ia dihasilkan sebagai usaha membumikan karya klasik Greek dalam falsafah Islam.Ibn Rushd bukan sahaja failasuf, beliau juga seorang qadi, ahli fiqh, pengamal perubatan dan pemikir Islam sewaktu pemerintahan kerajaan Muwahhidin pimpinan khalifah Abu Yaakub Yusuf Abdul Mukmin.

Beliau menulis buku sewaktu berada di Marakesh, Maghribi pada tahun 575 H atau 1179 M. Bebarapa tahun sebelum itu, beliau dilantik menjadi qadi (hakim) di Cordova (Qurtubah) dan Ishbiliyyah (Seville). Buku ini sambungan dan pelengkap kepada karyanya yang awal Al-Damima fi al-Ilm Al Ilahi, sebuah makalah mengenai ketuhanan dan Faslul Maqal fi Taqrir ma baina al-Syariah wal Hikmah Min al-Ittisal, karya yang mengharmonikan antara Islam dan falsafah, setahun sebelum itu.Jamaluddin al-Alawi (almarhum), menulis dalam bukunya Al-Matan Al-Rushdiyy, berkata Ibn Rushd menulis karya-karya ini, ketika zaman "al-fasilah al-Ghazaliyyah" (tempoh mengkritik karya Imam Al-Ghazali) iaitu selepas beliau menguasai ilmu dari ahli falsafah Greek dan sebelum beliau memasuki zaman untuk menghuraikan karya Aristotle secara terperinci (al-syarh al-kabir) - perkataan demi perkataan, ayat demi ayat dan menghuraikan dengan bahasa yang lebih mudah.

Sebelum zaman tersebut, beliau menguasai, memberi komentar, dan meringkaskan karya-karya tokoh failasuf dari Greek, seterusnya menghasilkan lebih 30 karya yang dinamakan sebagai al-talkhis dan al-mukhtasar. Kedua-dua jenis buku ini bermaksud 'ringkasan'.Karya beliau al-Kulliyat fi al-Tibb (kitab perubatan) dan Bidayatul Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid (kitab fiqh empat mazhab) ditulis pada zaman ini.

Manakala tokoh pemikir Islam kontemporari Mohamed Abid al-Jabiri menyifatkan buku ini karya terhadap kritikan pemikiran al-Ghazali dan mengkritik buku pengikut al-Asy’ari yang ralat dan rancu ketika membahaskan tentang ketuhanan dan sifat-sifatnya.Dengan perkataan lain, bermula tahun 574 H hingga 576 H, merupakan waktu reaksi intensif Ibn Rushd terhadap masalah pengkafiran terhadap ahli falsafah Greek oleh Imam al-Ghazali dalam karya-karyanya. Oleh itu Ibn Rushd cuba mengharmonikan antara syariat Islam dan falsafah. Katanya, kedua-duanya saling memerlukan antara satu dengan lain sambil menyifatkan mereka adalah "saudara susuan".

Buku ini juga sebagai kritikan terhadap kumpulan atau mazhab ilmu kalam yang cuba memaksa aliran pemikiran mereka kepada umum, khususnya kepada mazhab teologi al-Asya’irah, pada waktu itu.Oleh itu, dalam tempoh "al-fasilah al-Ghazaliyyah" ini, Ibn Rushd menulis empat karya penting falsafah Islam dan "membetulkan akidah" umat Islam termasuk mengkritik kitab Tahafut al-Falasifah, karya agung al-Ghazali dengan magnum opusnya Tahafut al-Tahafut. Ibn Rushd menulis empat karya tadi selepas beliau menguasai ilmu dan meringkaskan karya-karya Aristotle dan karya Greek yang lain, yang meliputi ilmu logik (mantiq), perubatan, metafizik dan ilmu tabii.

Di samping itu, beliau juga menguasai tradisi pemikiran Islam seperti Al-Quran, hadis, fiqh empat mazhab, usul fiqh dan usuluddin.Sehubungan itu saya mencadangkan kempat-empat karya ini harus dibaca bersama agar kita mendapat gambaran awal tentang jalur pemikiran Ibn Rushd dalam usaha beliau untuk meluruskan pandangan al’Asya’ari dan al-Ghazali yang melekat dan sebati sekian lama.

Tuesday, December 15, 2009

Ulama tidak bina minda kritikal

("Salhan K Ahmad")
Salhan K Ahmad Dis 15, 0911:49am(Msiakini)

Para ulama lebih cenderung untuk menyalahkan 'dunia barat' atas kemunduran umat Islam sedangkan golongan ini sendiri tidak proaktif dalam membangunkan minda masyarakat supaya bersikap lebih kritikal, termasuk terhadap pandangan mereka sendiri.

Prof Tariq Ramadan, seorang tokoh pembaharuan Islam, berkata kelemahan ini dikesan antaranya disebabkan para ulama kini bukan sahaja jauh terpisah daripada ilmu-ilmu baru, khususnya bidang bukan agama, malah dilihat tidak lagi bersama orang kebanyakan dan golongan akar umbi."Ini adalah satu seruan kepada orang Islam supaya memahami di manakah masalahnya, dan apakah kita komited dengan perubahan yang kita uar-uarkan," kata ilmuan Islam berpengaruh itu dalam satu syarahan mengenai reformasi dan pembaharuan agama di Kuala Lumpur hujung minggu lalu.

Bekas pensyarah di Universiti Oxford itu juga berkata, para ulama dilihat bercakap dengan menggunakan istilah-istilah yang sama, tetapi mengandungi makna yang berbeza-beza.Tambahnya, ulama perlu membezakan prinsip dasar perundangan Islam dan juga undang-undang syariah, sesuai dengan keperluan semasa, untuk mencapai objektif prinsip tersebut."Contohnya, Saidina Umar Al-Khattab telah menggantung sementara pelaksanaan hukum hudud pada satu tahun ketika rakyatnya menghadapi kebuluran."Bagaimana ini boleh dilakukan sedangkan di dalam Al-Quran telah menyatakan (kewajiban hudud) ini dengan jelas?" katanya lagi.

Jelasnya, undang-undang itu perlu difahami sebagai satu tujuan untuk mencapai keadilan dan bukannya tentang pematuhan kepada kod syariah semata-mata."Kita memerlukan (model) yang lebih sofistikated. Untuk pergi ke arah itu, kita perlu mempunyai wawasan, rangka kerja dan perubahan radikal dalam pemikiran kita," katanya lagi.Jelasnya lagi, prinsip Islam bersifat sejagat dan merentasi tempat dan masa tetapi model tertakluk pada konteks masa atau lokasi pelaksanaan sesuatu."Jadi, jika kita cuba mempraktikkan model Madinah (pentadbiran Islam era Nabi Muhammad) di Kuala Lumpur, ia adalah mustahil," katanya, kini presiden Jaringan Islam Eropah yang berpusat di Brussels.

Jelasnya, umat Islam juga perlu mengambil sikap lebih radikal, antaranya kewibawaan untuk bercakap tentang Islam juga perlu diubah dan tidak dihadkan kepada para ulama sahaja."Jadi siapakah yang perlu melakukannya? Orang-orang dalam masyarakat ini sendiri, mereka yang duduk secara pasif dan menyalahkan para ulama kerana tidak menjalankan tugas mereka."Ada di kalangan kita yang berada di kemuncak (kerjaya) dalam bidang masing-masing, tetapi apabila ditanya soal agama, mereka kata mereka tidak tahu apa-apa. Mereka bersifat keanak-anakan dalam bidang agama, tetapi pakar dalam bidang-bidang lain," katanya lagi.

Tambahnya lagi di depan kira-kira 300 hadirin, para ulama perlu memahami konteks perkembangan ilmu semasa dan hubungannya dengan asas-asas pemikiran untuk menangani dunia yang pesat berubah seperti hari ini.Ulama pada masa lalu mampu mendalami ilmu bukan agama – yang membantu memahami agama dan kehidupan – dan pada masa sama menjadi pakar dalam ilmu-ilmu asas agama, jelasnya.

"Namun pengetahuan dalam bidang sains, dalam perubatan, malah dalam ekonomi kini sudah menjadi begitu kompleks sehingga memerlukan komitmen yang lebih mendalam untuk memahaminya. "Jadi bagaimana kita hendak menguasai ekonomi sekiranya tidak ada di kalangan kita sekarang yang boleh memberi persaingan kepada sistem riba dan spekulasi pasaran?

"Katanya, apa yang perlu dilakukan oleh para ulama kini adalah dengan mengekstraksi sejarah kegemilangan Islam itu ke dalam model dunia semasa yang boleh dipraktikkan pada masa kini."Jika bercakap tentang sains (Islam), kita bercakap tengan Timur Tengah. Jika bercakap tentang seni bina (Islam), kita bercakap tentang Andalusia, kita cuma bercakap tentang sumbangan pada masa lalu, tapi apa sumbangan kita (kini) untuk masa depan?"

"(Pembangunan) ini adalah salah satu proses, tapi apakah wawasan kita? Apa yang hendak kita capai? Di mana hala tuju kita? Apa projek kita untuk Islam hari ini?"Jelasnya lagi, masyarakat Islam kini tidak boleh hanya bergantung kepada ulama teks, tetapi memerlukan ulama dalam konteks bidang kepakaran masing-masing."Kita perlukan ulama dalam bidang perubatan, psikologi, sosiologi dan ekonomi dan dalam pendidikan untuk memberikan wawasan kepada kita," katanya di majlis bersempena pelancaran NGO baru Islamic Renaissance Front (IRF).

Tambahnya, masyarakat Islam seperti di Malaysia masih berkemampuan untuk mencapai kemajuan tanpa mengabaikan ciri-ciri budaya masyarakat setempat seperti dalam soal kesenian."Ada sesetengah ulama yang kata (bahawa) mendengar muzik itu haram, tapi janganlah kata saya yang dengar muzik ini kurang Islam daripada anda kerana saya dengar muzik.

"Jangan biarkan sesiapa di Malaysia atau dari mana-mana negara memberitahu anda (bahawa) untuk menjadi Islam anda perlu mengarabkan diri anda."Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran dan budaya Arab adalah budaya Arab. Budaya anda perlu menghidupkan Islam sebagai agama sejagat, ini perlu dijelaskan, kata Tariq lagi

Wednesday, December 09, 2009

Laptop Golla for sale...




Harga di pasaran rm199.90..di sini anda tidak perlu berbelanja sebegitu hanya dengan rm59.90 anda mampu memilikinya..untuk keterangan lanjut sila hubungi 0162718105(zam)

Woodsteel again
















More Woodsteels











Woodsteel for main gate,door,window and staircase..

Pintu pagar mempunyai berbagai bentuk dan gaya


Pintu pagar swing yang nampak kemas, ekslusif,cantik dan menarik

Susunan tangga akan kelihatan lebih kemas dengan bahan seperti ini

Pemandangan dari luar akan menambahkan seri rumah ini







Kekemasan pintu pagar ini menggambarkan gaya hidup isi rumah ini..
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:0162718105(zam)

Tuesday, December 01, 2009

Merancang untuk mencoret tentang Aqidah Islamiah

Mungkin niat itu belum terlaksana.Masa adalah pelarian yang selalu menjadi tempat untuk mencipta alasan.Malah kecenderungan sejak kebelakangan ini lebih kepada tulisan pendek yang ringkas dan pendek,itu semua boleh diaplikasi melalui wadah baru laman sosial Facebook.

Masalahnya di sana tidak boleh menulis panjang melebihi had yang telah ditentukan.Alternatifnya,saya harus kembali menulis di sini.Selamat mencuba nanti..

Friday, October 30, 2009

Wajah seorang Ulama..


Antara barisan guru2 yang pernah mendidik..jangan sampai saya di label sebagai liberal kerana gambar yang sebegini..beliau adalah seorang tokoh dakwah yang amat dikagumi bahkan menjadi antara idola yang masih hidup..Dr Muhammad Habash dalam kenangan..

Thursday, October 29, 2009

Ada yang masih terbelengu


Hati saya masih bersama Tuan Guru Nik Aziz yang tidak begitu senang dengan kelibat 'dua tiga kerat' pemimpin dalam Pas..Tetapi saya setuju Tok Guru Haji Hadi kekal sebagai presiden..cumanya orang orang sekeling beliau yang tidak begitu senang dilihat mata,begitu juga Pas Selangor yang dilihat bermasalah.Harus ada rombakan untuk mengembalikan kejernihan persepsi rakyat khususnya bukan Islam terhadap Pas.

Saturday, October 10, 2009

Qardhawi:Selamatkan Al-Aqsa


القرضاوي يدعو لجمعة غضب وقمة عاجلة لإنقاذ الأقصى

د. يوسف القرضاويموقع القرضاوي/7-10-2009

دعا فضيلة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين العرب والمسلمين لجعل الجمعة المقبل يوم غضب لنصرة المسجد الأقصى المبارك، مطالبا رؤساء وملوك الدول العربية والإسلامية بعقد قمة عاجلة لإنقاذ الأقصى من "التعديات الإسرائيلية."
جاء ذلك في المؤتمر الصحفي الذي عقده فضيلته باسم الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين، ومؤسسة القدس الدولية، اللتين يرأسهما، صباح الإثنين بنقابة الصحفيين المصرية حول ما يمر به المسجد الأقصى من مخاطر، باستباحة حرماته من قبل المستوطنين اليهود، ومنع المسلمين من الصلاة فيه، واعتقال المعتكفين للدفاع عنه، والتهديد بالسيطرة العسكرية عليه، تمهيدا لتقسيمه بين المسلمين واليهود، كما سبق أن حدث في المسجد الإبراهيمي.
وطالب القر ضاوي الهيئات العربية والإسلامية وخطباء المساجد بمخاطبة "الهيئات والمؤسسات الدولية ودول العالم الحر للنهوض بدورها
لوقف تلك التعديات على الحرم القدسي الشريف."
كما دعا رؤساء وملوك وحكام الدول العربية والإسلامية لعقد قمة عاجلة "لإنقاذ المسجد الأقصى"، وطالب بالسماح بالتظاهر وإقامة الفعاليات والمهرجانات بعد صلاة الجمعة تعبيرا عن المساندة للحرم القدسي الشريف.
ووصل الشيخ القرضاوي إلى الدوحة أمس عائدا من رحلة دعوية إلى ليبيا ومصر لحضور " المسابقة السنوية السادسة لجائزة الفاتح
العالمية في حفظ القرآن الكريم"، بدعوة من وزير الأوقاف الليبي.
وفي ليبيا شارك فضيلته بكلمة رئيسية في الاحتفال، ثم زار مدينة مصراته حيث ألقى محاضرة في "منارة زروق" للعلوم الشرعية، كما ألقى محاضرة في أكاديمية الدراسات العليا بطرابلس، علاوة على عدد من الدروس الدينية بمساجد طرابلس.
ويخطب القرضاوي الجمعة بمشيئة الله تعالى في مسجد عمر بن الخطاب بالدوحة، حيث يقام عقب الصلاة مهرجانا جماهيريا حاشدا لنصرة المسجد الأقصى المبارك، يشارك فيه عدد من علماء قطر.

Saturday, October 03, 2009

Bagan Pinang:Antara kegelojohan Umno atau rakyat memang buta

Najib tidak mempunyai kuku di peringkat akar umbi Umno seterusnya kalah dengan desakan mereka sekalipun dia tahu akan risiko mencalonkan Isa Samad di sana.Pencalonan Isa Samad sekaligus menempelak slogan mereka yang 'ingin berubah'.

Mereka juga rakus membakul sampahkan pendapat bekas Presiden mereka yang sangat disanjungi satu ketika dahulu.Itu melambangkan kata2 pemimpin mereka tidak begitu relevan dan hanya dipakai kerana kuasanya dan bukanlah atas dasar prinsip.Tiada integriti dalam perjuangan parti mereka.

Apapun keadaannya,rakyat Bagan Pinang harus menjadi tumpuan terakhir,adakah mereka masih lena dibuai mimpi penjajahan atau telah celik di zaman maklumat tanpa sempadan ini.Kepercayaan harus diberikan kepada pengundi non melayu seperti cina dan india malah golongan di atas pagar yang ramai terdiri di kalangan anak2 muda.

Bersediakah mereka bertindak berdasarkan rasional dan ilmu..?

Selain tentera,Pas tak boleh menang ke.?

Setahu saya jumlah pengundi di Bagan Pinang ada lebih kurang 14 ribu orang,tolak 5 ribu ada lagi 9 ribu itupun bukan semua yang keluar mengundi..Pas perlukan 8 ribu pengundi biasa untuk menang.Akan adakah mukjizat dari langit untuk Pas kali ini..?

Nak kena pulun gak tentera ni..

Tuesday, September 29, 2009

Umno tidak perlukan 'moral' untuk berkuasa

Esok adalah hari yang telah ditetapkan oleh Umno untuk mengumumkan nama calon yang bertanding di PRK Bagan Pinang.Sehingga kini hanya ada satu nama yang tersenarai dari Umno bahagian Telok Kemang.Beliau ialah tidak lain dan tidak bukan Isa Samad yang mendapat kritikan beberapa pemimpin Umno termasuk Mahathir tentang 'moral'nya yang 'kununnya' tidak begitu baik untuk politik Umno.

Umno dalam proses untuk memperbaiki reputasinya di mata rakyat.Najib pula adalah seorang perdana Menteri yang kelihatan berusaha untuk mencapai matlamat itu.Persoalannya, sudah bersediakah Umno untuk mengambilkira 'moral' sebagai anutan politik mereka..?

Esok adalah antara jawapannya...

Sunday, September 27, 2009

Siapa Bahktiar Hussin dalam isu SELCAT..?

Rupa rupanya pegawai daerah Klang ini yang melenting hingga politik Selangor bergegar lagi,Hassan Ali pulak seperti hero melayu yang menyerang kerajaan Selangor bagi pihak Umno.Barangkali Hassan Ali dah join the club Ibrahim Ali di Parlimen yang menang atas tiket Pas di kelantan.

Adakah Pas benar benar berniat 'memenatkan' rakan PR di Selangor dengan meletakkan orang seperti Hassan Ali sebagai pesuruhjayanya..?Kecelaruan itu akan terus berlaku hasil dari keputusan pemilihan agung Pas yang dulu.Kumpulan yang menang diketuai tuan Presiden akan sentiasa tidak selari dengan PR kerana hati mereka sudah bersama Umno.

Samada suka atau tidak inilah realiti yang harus dilalui oleh semua penyokong Pas,Siapa yang akan mampu mengubahnya..?

Saturday, September 26, 2009

Hassan Ali dan bola tanggungnya..

Hassan Ali selalu membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi..Bila selalu begitu saya melihat beliau sebagai seorang pemimpin yang membawa imej buruk khususnya bagi sebuah parti yang membawa lambang dan perjuangan Islam sebagai dasar mereka.

Ternyata kemenangan Pakatan Rakyat kali ini telah berjaya membongkar sifat sifat kepemimpinan beliau yang sebegitu.Kenapa beliau masih lagi bertahan di sana sebagai pesuruhjaya Pas Selangor sedangkan saya seolah melihat wajah Umno pada riak mukanya yang saban hari makin kelat untuk dilihat.

Saya ahli Pas, dan saya tidak suka melihat pemimpin yang berketerampilan seperti beliau.Tetapi sudah tentu saya sebagai ahli biasa tidak mampu untuk berbuat sesuatu yang orang lain boleh lakukan kepada beliau...Pas Selangor mempertahankan beliau..?

Sunday, September 13, 2009

Klcc Souvenier for sale...

oo1
oo2

003



004




005



006




Sudah bisa berlari

Anak ini belum mengerti tentang ancaman yang menunggu di hadapan..Malaysia tanahairku tidak diurus dengan begitu baik penuh dengan persoalan...

Wednesday, August 26, 2009

Sebat Kartika:Enam atau 80 sebatan?

Ramai yang menyangkal hukuman sebat yang telah dijatuhkan terhadap Katika dewi,malah yang menjadi isunya sekarang ini adalah kenapa ianya ditangguhkan secara tiba tiba dan kelihatan perjalanan hukumannya berlaku dalam keadaan yang serba tak kena.

Saya juga tidak dapat mempertahankan mahkamah syariah yang telah menjatuhkan hukuman.Adakah mereka benar benar menjatuhkan hukuman mengikut undang undang Islam dan dijulang atas nama Islam atau ianya hukum manusia yang mencemarkan nama Islam..?

Ada pula pihak yang mempersoalkan hukuman yang telah dijatuhkan bagi pesalah yang melakukan kesalahan buat pertama kali sebagai tidak adil,mereka menghujahkan keihsanan dalam Islam dan tolak ansur,dari mana hujah itu mereka ambil?

Persoalannya,mereka yang bertanggungjawab mewujudkan sistem perundangan syariah Malaysia(Kerajaan Barisan Nasional) itulah yang telah MENCEMAR NAMA ISLAM ke seluruh dunia dengan undang undang yang tidak merujuk kepada hukum Alquran dan sunnah.Lalu mengapa mereka menuding jari kepada orang lain..?