Sunday, April 26, 2009

Mesyuarat agong PIBG As-Syakirin

Mesyuarat berlangsung dengan jayanya.Tahniah kepada YDP baru yang dilantik bersama barisan ajknya.Semoga perjalanan program sekolah akan bertambah berkesan lagi dalam usaha mengisi matlamat perjuangan kita sesuai dengan moto 'PROFESIONAL BERTAKWA'.

Saya teruja dengan ucapan perasmian Ir Izham Hashim juga merangkap pengerusi lembaga pengarah yang menyatakan As-Syakirin adalah merupakan sebuah institusi yang dimiliki oleh ibubapa dan guru sekalipun diasaskan oleh ahli lembaga pengarah yang memegang saham dalam syarikat.Bertitik tolak dari itu beliau amat mengalu alukan sumbangan dan kerjasama dari semua guru dan ibupaba dalam menjayakan cita cita mendidik anak anak agar menjadi manusia yang berguna.

As-Syakirin telahpun bergerak selama 9 tahun,pada usia yang sebegitu telah banyak juga pencapaian yang telah diperolehi namun kita belum boleh berpuas hati setakat itu sahaja malah harus bekerja dengan lebih gigih lagi dalam usaha membina peribadi pelajar dan juga guru sebenarnya malah ibubapa juga.

Sebagaimana ditegaskan oleh Ir Izham juga,pelajar As-Syakirin yang kini berada di tingkatan 3 adalah antara pelajar asas yang merupakan kayu pengukur sejauh mana As-Syakirin berperanan dalam membentuk pelajar.Kejayaan pelajar sudah tentu bukan hanya diukur dari kecemerlangan akademik sahaja malah keseimbangan dari segi rohaninya amatlah dititik beratkan.

Kepada semua warga AsSyakirin,selamat melaksanakan tanggungjawab dengan dedikasinya..

Monday, April 20, 2009

Organisasi kecil

Beberapa hari ini saya banyak termenung memikirkan hal ehwal pelajar dan perjalanan jadual harian organisasi kecil As Syakirin.Sudah masuk bulan keempat saya di sana tetapi belum kelihatan bibit bibit mekar 'wajah hamba' dalam lembaran diari hidup mereka.

Saya termenung mengenangkan betapa itulah gambaran kepada sebuah kehidupan yang ramai antara kita yang membariskan diri sebagai pejuang kebenaran ini bertungkus lumus memastikan pentas yang kondusif terhampar di hadapan mata.Itu semua kita dedikasikan dengan istiqamahnya melalui platform politik.

As Syakirin adalah sebuah monumen kecil yang mewakili sebuah negara Islam yang bakal terbina pada masa depan.Saya adalah antara mereka yang terlibat melakar perjalanan,menyumbang saranan dan menyiram seteguk dua cinta dari keagungan cahaya Ilahi.Tetapi saya bukan 'nakhoda'nya yang akan menentukan arah sebenar sasar perjalanan.Evolusi Ilmuana belum berada pada tracknya yang sebenar.

Anak anak remaja itu punya latarbelakang yang pelbagai.Kebanyakan mereka datang dari keluarga sederhana dan tidak kurang juga dari keluarga yang berada.Pendek kata makan pakai mereka semuanya beres.Kekurangan mereka adalah 'ilmu dan didikan' yang menjadi harapan kepada ibubapa mereka untuk dijadikan bekal buat meneruskan kehidupan.

'Profesional bertakwa' adalah kata kata azimat yang perlu dijadikan pemangkin kepada semua guru dalam setiap nafas pergerakan tugas mereka saban hari.Persoalan selalunya timbul dalam setiap azam yang dilafazkan..jujurkah mereka melaksanakan niat itu?

Saturday, April 18, 2009

Politik PAS mengambil giliran

Pemilihan Umno sudah pun selesai.Penuh kontroversi dan kadangkala memualkan apabila Mahathir kembali 'berdrama'.Kabinet baru juga sudah terbentuk.Ternyata Najib masuk juga ke dalam 'perangkap' Mahathir.Biarlah luncai terjun dengan labu labunya...

Bulan Jun akan menyaksikan giliran Pas pula untuk bermuktamar dan memilih pemimpin.Manakala Saya masih di sini juga tidak mendapat surat untuk menghadiri mesyuarat walaupun ahli.Entah dimana kelemahannya Pas saya pun kurang pasti.Namun itu bukanlah masalahnya kerana saya merasa tetap sebahagian daripada perjuangan ini.Masih ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam masyarakat.

Secara kebetulan, kali ini saya berpeluang untuk mengetahui perkembangan politik Pas secara lebih dekat.Barangkali setelah menjadi ahli atau mungkin juga kedudukan saya sebagai salah seorang warga pendidik di Shah Alam itu sebagai faktor.Rupa rupanya Ydp yang baru menang di Kelana Jaya minggu lalu adalah juga Boss saya(Ir Izham Hasyim),seterusnya orang yang ditakdirkan kalah itu pula adalah saudara Roslan sms yang selalu juga saya menjenguk sebagai pembaca di blognya sejak dulu.

Perkembangan politik Pas semenjak dua menjak ini kelihatan lebih menarik untuk dibincangkan kerana sudah heboh diperkatakan dalam Pas kini telah ada dua team.Bila sebut soal team pemikiran saya akan cepat terbayang akan Umno yang kapalnya sedang melalui saat seperti dalam filem 'Titanic' itu.

Apakah benar kepemimpinan Pas akan berubah?

Sunday, April 05, 2009

Bagaimana PAS Selangor berperanan

Ulang tahun pertama pemerintahan Pakatan Rakyat di selangor telahpun disambut.Berbagai aktiviti telah diadakan untuk mengenang kembali suasana kemenangan march 2008 yang lalu.Saya cuma sempat hadir pada pidato kebangsaan Anwar yang diadakan di audatorium MBSA Shah Alam sebulan yang lalu.Manakala majlis yang dipelopori oleh pemimpin Pas di Selangor khususnya, tidak begitu mendapat liputan yang sewajarnya.Kenapa PAS tidak menonjol di Selangor?

Barangkali dari segi promosinya kurang,berikutan Pas yang tidak mempunyai saluran media yang besar lagi berpengaruh selain harakah yang terbit dua minggu sekali.Harakah edisi internet juga kurang melaporkan tentang Pas di Selangor.Atau Pas Selangor harus memikirkan bagaimana untuk tampil dengan blog sendiri seperti Tengganukite.net yang diusahakan oleh Pemuda Besut sejak lama dulu.

Saya teruja untuk menulis sedikit tentang peranan dan aktiviti Pas di Selangor lantaran melihat seperti ada 'penangguhan' dalam kerja kerja mendekati masyarakat atau dalam kata lainnya dakwah kepada rakyat Selangor.Pas seolah olah tidak mahu memanfaatkan kuasa yang ada di Selangor sedangkan sebelum ini kita bermati matian berjuang mendapatkan kuasa itu daripada kerajaan BN.

Bagaimana Pas memanfaatkan JAIS untuk sampai kepada masyarakat?atau Pas masih belum mampu untuk menyerap ke dalamnya lantaran terdapatnya unsur unsur yang terlalu berhati hati memelihara saki baki pengaruh Umno di situ?yang agak kelihatan ialah Pas cuba untuk mengubah peranan dan gerak kerja di Masjid dan surau seluruh Selangor dengan mengadakan pemilihan AJK dan Nazir yang baru sesuai dengan semangat demokrasi yang bebas memilih itu.

Itu mungkin melibatkan exco agama,bagaimana pula exco pendidikan yang tentunya memainkan peranan yang lebih berkesan untuk sampai kepada masyarakat.Saya ambil contoh KUIS dan Yayasan Selangor yang banyak berperanan berkenaan dengan pelajar dan jenerasi muda Selangor,bagaimana Pas memanfaatkan dua institusi besar tersebut untuk membawa pengaruh islam yang lebih berkesan?

Manakala satu lagi exco perumahan yang dipegang oleh Pas,saya tidak begitu arif untuk mengulas kerana ianya kelihatan tidak terlibat dengan pendidikan terhadap masyarakat,ianya lebih kepada pembangunan,tetapi tidak mustahil andainya adun yang memegang portfolio tersebut bijak memainkan peranan sebagai seorang pendakwah dalam mendekati masyarakat.

Pas Selangor...bangunlah 'lebih agresif' berdakwah kerana perjuangan sebenar kita selama ini adalah untuk itu.

Kemenangan Khairy dan Zahid tak bersambut?

Setelah Najib menjadi Perdana Menteri,Kelibat ketua pemuda yang baru Khairy Jamaludin tidak begitu menonjol,yang sering kelihatan ialah Hisyamudin Husain yang tampil berganding dengan Shahrizat berkempen di pilihanraya kecil,malah Zahid yang menang lebih bergaya berbanding Hisyamudin juga tidak menonjol.Apakah benar 'persepsi awam' yang mengatakan orang orang Pak Lah akan dipinggirkan dalam Umno?

Isyarat awalnya mengatakan begitulah,tambahan lagi Mahathir sudah kembali ke dalam Umno,orang tua yang masih bernafsu itu pasti akan mengatur perancangan bagaimana untuk menyingkirkan menantu Pak Lah yang telah memalukannya dengan kekalahan anaknya Mukhriz dalam pemilihan ketua pemuda.Manakala Zahid pasti belum terlepas badi bersama Anwar yang menghentam Mahathir semasa menjadi ketua pemuda dulu.

Lembaga disiplin Umno telah memberikan isyarat awal mengatakan ada dikalangan mereka yang menang pemilihan Umno tempohari sedang disiasat terlibat dengan politik wang.Sekalipun individu yang terlibat tidak didedahkan,peminat politik sudah tentu cepat membaca riak apabila Khairy yang tidak berperanan mengetuai gerak gempur pemuda dalam tiga pilihanraya kecil yang bakal diadakan selasa ini.

Apa pula masalahnya dengan Zahid yang menang bergaya tempohari?sehingga Hisyamudin pula yang lebih menonjol,mungkin itulah permulaannya dinasti keluarga Abd Razak dan Husain merencanakan penguasaan mereka di bumi Malaysia yang serba boleh ini.

Apakah Zahid dan Khairy sedar akan riak yang sedang bermula ini?bagaimana Khairy berusaha untuk melepaskan diri dari perangkap dan jerat yang ada dihadapan?bara Umno yang 'digenggam' pasti akan lebih perit dan panas selepas pemergian bapa mertua dari singgahsana seri perdana.

Isyarat kedua pasti akan menyusul selepas pilihanraya kecil,ketika itu Najib akan tampil dengan mengumumkan barisan kabinetnya yang baru.Tersenaraikah Khairy dan zahid dalam 'pasukan mantap' Najib yang baru itu?sama samalah kita tunggu dan lihat..