Thursday, August 10, 2006

Mahathir,Pak Lah dan mengapa Siti

Samada setuju atau tidak,hari ini pemikiran kita mesti terpaut juga untuk memikirkan tiga perkara tersebut.Andai kita mendakwa bahawa diri kita tidak mahu memikirkan atau dilibatkan tentang urusan mereka,tentu kita secara semulajadinya merasa diri sendiri sedang berbohong kepada hakikat.Hanya ada satu jalan penyelesaian untuk kemelut itu... iaitu terus turut berbicara.

Bukanlah apa yang akan menjadi tajuk perbicaraan di sini tentang apa dan mengapa sesuatu tindakan itu diambil,malah yang paling menjadi keutamaan ialah mengapa kita turut terseret memikirkan tentang itu.Tentang Siti yang sudah barang tentu amat jauh dari aliran pemikiran,yang hanya menjadi liabiliti kepada perjuangan dan kehidupan.Terseret,tertipu dan dilalaikan dengan budaya glamour yang mereka bawa dan tampilkan.Mereka bukan sama sekali perangsang kepada kesuburan iman malah antara racun yang akan membawa kepada kehancuran.Tetapi mengapa...?

Kuasa politik negara sudah tentu dalam keadaan yang kurang senang kerana sedang diganggu oleh seorang makhluk yang bernama Mahathir ini.Walaupun masih banyak kelemahan dalam kerajaan Pak Lah tetapi kenapa harus diganggu kerja kerja yang sedang diusahakannya.Mereka seolah2 ada menyimpan perasaan dengki atau meminjam kata Pak Lah "mungkin saya boleh kata dia jahat".

Secara halusnya Pak Lah harus mendapat sokongan ramai pihak berbanding Mahathir yang masih tidak menyedari akan masanya yang sudah berlalu itu.Simpati harus berpihak kepada Pak Lah.Harus mendapat sokongan dan peluang,tempoh yang ada ini bukan lagi untuk yang bernama Mahathir.Ya..bukan Mahathir.